#ElNino: @MOA_gov Arahkan Semua Agensi Bersiap Sedia #DSIS @IsmailSabri60


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengarahkan semua agensinya melakukan persediaan awal bagi menghadapi fenomena El Nino yang dijangka melanda Jun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu perlu digerakkan dari sekarang kerana El Nino boleh memberi kesan buruk kepada industri pertanian terutamanya padi memandangkan tanaman itu memerlukan pengairan mencukupi pada peringkat permulaan.

Katanya, antara usaha yang perlu diambil adalah penjadualan semula waktu penanaman padi dengan melakukannya sebelum musim kemarau serta menambah bilangan import beras dari luar negara.

“Kita bernasib baik memandang­kan situasi itu dijangka tidak berlaku dalam kawasan penanaman padi di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) kerana kawasan itu mempunyai sumber pengairan mencukupi.

“Oleh itu, pertubuhan-pertubuhan peladang selain MADA dan KADA diminta mengambil langkah segera bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin terjadi ketika fenomena ini melanda," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan fenomena El Nino di sini hari ini.

Baru-baru ini, Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino yang mengakibatkan kemarau berpanjangan sehingga tempoh enam bulan akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.

Fenomena tersebut pernah melanda negara ini 16 tahun lalu dengan suhu tertinggi mencecah 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

Ismail Sabri memberitahu, tindakan sama juga akan dilakukan terhadap bidang lain seperti perikanan, penternakan dan pertanian dengan setiap agensi perlu membincangkan pendekatan terbaik sebagai persediaan menghadapi musim kemarau panjang.

Sementara itu pada majlis berasingan Ismail berkata, kesemua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara hari ini menerima peruntukan RM11.1 juta bagi melaksanakan program Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) bagi tahun ini.

Menurut beliau, setiap kawasan Parlimen tersebut akan diberikan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi membangunkan projek pertanian dan industri asas tani.

“Peruntukan itu boleh digunakan untuk kegunaan masyarakat bagi membangunkan projek pertanian berskala kecil seperti menternak lembu dan ikan serta menanam sayur-sayuran di kawasan Parlimen masing-masing.

“Selain itu, skop peruntukan itu juga luas dan tidak terhad kepada projek pertanian sahaja, malah boleh digunakan sebagai wang pendahuluan untuk membaiki rumah nelayan dan lain-lain lagi," katanya ketika berucap dalam majlis penyerahan cek MPPP kepada 222 kawasan Parlimen di bangunan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pihaknya berharap program tersebut dapat menjadi jambatan antara kementeriannya dan pemimpin yang menjadi wakil kepada masyarakat di setiap kawasan Parlimen.

UM
Share this post :

+ comments + 2 comments

Sila baca di sini utk fakta-fakta ilmiah

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2014/05/apa-itu-fenomena-el-nino-dan-kesannya.html

14 Mac 2015 2:23 PG

Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan >MBAH KABOIRENG< dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi >MBAH KABOIRENG< dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan >MBAH KABOIRENG< meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan >MBAH KABOIRENG< kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik >MBAH KABOIRENG< sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja >MBAH KABOIRENG< DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan >MBAH KABOIRENG< dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi >MBAH KABOIRENG< dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan >MBAH KABOIRENG< meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan >MBAH KABOIRENG< kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik >MBAH KABOIRENG< sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja >MBAH KABOIRENG< DI 085_260_482_111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger