Kempen "PELIHARALAH TANAH KITA" Cetus Kesedaran Pertanian & Alam Sekitar #DSIS @IsmailSabri60

Majlis Pelancaran Kempen “Peliharalah Tanah Kita” dan Buku Garis Panduan Pembangunan Pertanian di Tanah Bercerun, telah diadakan di Dewan Serba Guna Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya pada 8 April lalu. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Program ini telah dihadiri oleh warga Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Usahawan pertanian dan Pelajar-pelajar daripada Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM). Ketua Pengarah Pertanian, YH Dato' Mustafa Kamal Bin Baharuddin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan pengisian dan kepakaran untuk merealisasikan penulisan buku ini.

Beliau juga mengharapkan bahawa kempen dan penerbitan buku garis panduan pembangunan pertanian di tanah bercerun ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak terutamanya kepada Usahawan projek pertanian dalam mengawal dan memelihara tanah. Kempendan Penerbitan buku Garis Panduan merupakan tindakan bijak dan perlu dilaksanakan, di mana ia menjadi platform kepada Usahawan pertanian dalam mengusahakan projek pertanian.

YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob membincangkan beberapa masalah utama yang menjejaskan tanah khususnya Penanaman secara Fertigasi yang tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan. Beliau juga menegaskan, tanah merupakan elemen penting dalam Pensijilan MyGAP dan sekiranya terdapat pengusaha yang gagal mematuhi pengamalan pemuliharaan tanah maka ladang tersebut tidak akan disyorkan bagi pengiktirafan Pensijilan MyGAP.

Tahniah kepada Jabatan Pertanian dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan Usahawan pertanian dengan melaksanakan “Kempen Peliharalah Tanah Kita” dan Buku Garis Panduan Pembangunan Pertanian
Tanah Bercerun. YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menandatangani ‘Poster Buku Garis Panduan’ sebagai tanda pelancaran majlis ini. Seterusnya, YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyampaikan buku Pembangunan Pertanian Tanah Bercerun kepada Agensi berkaitan dan wakil-wakil pengusaha pertanian dari seluruh negeri sebagai panduan mengusahakan tanah.


PELIHARALAH TANAH KITA – 
alam sekitar ini bukan milik kita, tetapi pinjaman dari genarasi akan datang...

Tanah merupakan sumber asli yang tidak ternilai, kegagalan untuk memelihara dan menggunakannya secara berhemah akan menyebabkan kerosakan yang tidak mungkin dapat dipulihara seperti keadaan asalnya. Kita perlu menyedari bahawa alam sekitar bukannya milik mutlak kita sebagai generasi semasa, tetapi merupakan pinjaman dari generasi akan datang. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengekalkan alam sekitar ini dalam keadaan terpelihara untuk kehidupan generasi akan datang.

Dalam usaha menangani masalah ini, pelaksana projek disaran agar tidak terlalu ghairah melaksanakan pembangunan sehingga mengakibatkan kesan negatif kepada alam sekitar. Pembangunan tanah bercerun curam yang berleluasa tanpa mengikuti peraturan serta panduan yang ditetapkan merupakan antara punca berlakunya hakisan tanah dan pencemaran alam sekitar.

Pencemaran punca air, kejadian banjir kilat, tanah runtuh serta kepupusan biodiversity flora dan fauna adalah bukti kepada pembangunan yang gagal mematuhi peraturan atau mengikuti panduan.

Jika fenomena ini berterusan tanpa penguatkuasaan dan kesedaran, sumber asli tanah kita akan terus mengalami proses degradasi dengan kehilangan hutan yang selama ini menghijau, kemerosotan tahap kesuburan tanah, kemusnahan habitat flora dan fauna, air sungai menjadi keruh dan pastinya anugerah keindahan alam semula jadi ini tidak dapat dinikmati oleh generasi selepas kita.

Dalam usaha untuk menangani masalah ini, Jabatan Pertanian telah berusaha untuk menyedarkan masyarakat dengan memulakan kempen ‘Peliharalah Tanah Kita’. Sehubungan dengan itu sebuah buku bertajuk ‘Garis Panduan Pembangunan Pertanian Di Tanah Bercerun’ diterbitkan dalam usaha membantu meningkatkan kesedaran semua pihak yang terlibat dalam pembangunan pertanian di tanah bercerun agar dapat mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan bagi memelihara sumber tanah ke arah pertanian mampan untuk generasi akan datang.

Penerbitan buku ini antara lain adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran para pelaksana projek pertanian dan seluruh masyarakat umumnya dengan menekankan aspek penggunaan sumber tanah secara mampan berteraskan Amalan Pertanian Baik (APB) dan penjagaan alam sekitar terutama di tanah bercerun selaras dengan Dasar Agro Makanan Negara (2011 – 2020).

Pembangunan yang dimaksudkan adalah merangkumi bidang tanaman industri, hortikultur, florikultur, kawasan ragut bagi ternakan, akuakultur, penternakan lebah, cendawan dan sebarang kegunaan tanah pertanian termasuk pertanian berteknologi tinggi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Bahagian Pengurusan dan pemuliharaan Sumber Tanah Jabatan Pertanian Putrajaya 

atau di www.doa.gov.my
Share this post :

+ comments + 1 comments

14 Mac 2015 2:32 PG

Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan >MBAH KABOIRENG< dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi >MBAH KABOIRENG< dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan >MBAH KABOIRENG< meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan >MBAH KABOIRENG< kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik >MBAH KABOIRENG< sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja >MBAH KABOIRENG< DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan >MBAH KABOIRENG< dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi >MBAH KABOIRENG< dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan >MBAH KABOIRENG< meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan >MBAH KABOIRENG< kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik >MBAH KABOIRENG< sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja >MBAH KABOIRENG< DI 085_260_482_111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger