Terbaeekkk~!! PPUM Lancar Portal Aduan Online~!! #ForTheRakyat @KhairyKj @AzwanBro @SheikhNafiq


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) di bawah inisiatif Biro Aduan Komuniti telah melancarkan portal aduan untuk memudahkan rakyat seluruh Malaysia mengadakan sebarang aduan untuk dipertimbang dan diselesaikan.

Portal #ForTheRakyat di bawah kendalian Sheikh Nafiq, Pengerusi Biro Aduan Komuniti PPUM.


Layari #ForTheRakyat 
untuk maklumat lanjut 
--------->> KLIK SINI!!

Mengenai ForTheRakyat:

ForTheRakyat merupakan inisiatif yang dibangunkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Biro Aduan Komuniti. Portal ini bertindak sebagai satu platform bagi mendekatkan rakyat dan institusi Pemuda UMNO Malaysia. Kaedah Crowdsourcing merupakan ciri unik yang diguna pakai oleh portal ForTheRakyat; membolehkan pengguna untuk kemukakan aduan, memberi komen ataupun mengundi aduan-aduan lain yang tersenarai.

Portal ini menggalakkan komuniti untuk saling berinteraksi dan bantu-membantu untuk mewujudkan ukhwah. Biro Aduan Komuniti dapat mengenal pasti setiap aduan yang diterima secara terperinci dan dapat memberi perhatian dan pendekatan yang dapat ditangani mengikut kewajaran masing-masing.

ForTheRakyat membenarkan setiap aduan, komen atau cadangan diundi oleh pengguna portal bagi mendapatkan respon berkenaan populariti ataupun tahap kepentingan sesuatu isu yang diutarakan.

ForTheRakyat memudahkan rakyat mengetahui saluran yang betul berkenaan sesuatu permasalahan atau isu yang dibangkitkan melalui agensi-agensi ataupun kementerian-kementerian yang relevan.

ForTheRakyat memaparkan penjanaan statistik dan laporan yang menyeluruh permasalahan yang merangkumi demografi, umur, kategori masalah dan lain lain lagi melalui paparan ‘dashboard’ secara ‘real-time’ untuk rujukan pihak kepimpinan tertinggi.
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger