Bertanding Di #Kajang... Anwar Buat Kesilapan Besar!! #PRKKAJANG


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kesilapan besar dan menempah kejatuhannya apabila bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekali gus mengheret rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, Anwar juga bertindak di luar kebiasaan apabila kelam-kabut berkempen jauh lebih awal daripada hari penamaan calon pada 11 Mac ini.

"Anwar sudah guna pentas ceramah umum, surau, kuil dan gereja. Beliau sudah pergi semua tempat. Saya tengok sudah macam 'desperado' (terdesak).

"Saya rasa, dalam banyak-banyak perancangan Anwar, kali ini adalah perancangan yang silap dan membawa tangga turun kerana saya tengok beliau gelabah sangat seperti tidak pernah kendalikan pilihan raya kecil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Johan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih berkata, Anwar sepatutnya meletakkan semua jawatan yang dipegangnya kerana gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat PKR untuk menyelesaikan masalah dalaman di antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, selaku Penasihat PKR, Anwar sepatutnya mempunyai pengaruh dan mampu menangani krisis dalaman parti tanpa melibatkan rakyat DUN Kajang.

"Kalau dua orang punya angkara, ambil atau korbankan salah seorang. Kenapa perlu pergi ke DUN Kajang," katanya.

Beliau juga membidas Anwar yang sering menyalahkan Barisan Nasional (BN) dalam isu kenaikan harga barang sedangkan Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor turut menyumbang kepada perkara itu berikutan peningkatan cukai perniagaan di beberapa kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini, Januari lalu.

"Kerajaan negeri memberikan insentif kepada mana-mana PBT yang melonjakkan hasil cukai dan positif akaunnya. Kalau cukai pintu perniagaan dinaikkan, orang berniaga pun mula fikir naikkan harga barang," katanya.

Kata Johan, Anwar juga tidak sepatutnya hanya tahu mengkritik Kerajaan Persekutuan yang sebenarnya telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) bagi membantu meringankan beban rakyat.

"Kerajaan Persekutuan banyak beri bantuan dan kita umum dengan jelas berapa jumlah yang dibayar dan sebagainya. Kita ada hitam putih. Kerajaan Selangor bantu apa? Cuba keluarkan (angka) berapa ramai ibu tunggal yang dapat bantuan," ujarnya. -UM
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger