#TanyaIbdil: Apa Maksud Kenyataan Pengerusi #BMB PPUM Ni?? @NajibRazak @KhairyKj @Ibdil #PAU2013


Dalam kenyataan terhadap halatuju Biro Media Baru (BMB) yang baru ditubuhkan si bawah sayap Pemuda UMNO, Pengerusinya Ibdilah Ishak menyatakan pembayaran kepada blogger adalah satu kesilapan besar yang dilakukan sebelum ini dan dia berhasrat untuk mencari sukarelawan sahaja untuk membantu BMB di bawah kepimpinannya.

Adakah Ibdilah sedia maklum bentuk pembayaran yang dibuat oleh Unit Media Baru (UMB) sebelum unit itu dinaiktaraf menjadi sebuah biro, BMB bila mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Diakui blogger/cybertrooper diberikan bayaran tapi berasaskan tugas-tugas khas di mana kebanyakkan dari mereka terpaksa meninggalkan perniagaan, terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, dsb bila terpaksa turun ke lapangan bagi membantu UMNO dalam sesuatu misi seperti pilihanraya kecil.

Menghentam pemimpin atau organisasi jika tidak dibayar adalah satu kenyataan melulu oleh Ibdilah yang cuma diketahuinya secara hear-say. Ibdilah sepatutnya mengambil langkah segera bersemuka dengan blogger-blogger/cybertroopers proUMNO untuk mengetahui permasalahan mereka bukan hanya mendengar kata-kata balaci di sekitarnya sahaja.

Pertemuan dengan blogger/cytro ini akan memberi gambaran lebih jelas kepada Ibdilah mengenai situasi sebenar yang dihadapi oleh pejuang maya proUMNO, sebelum menyusun gerak-kerja untuk membantu UMNO/BN menghadapi PRU14 dengan lebih tersusun. 

Konklusi melulu yang dibuat berdasarkan hear-say akan menjarakkan Ibdillah dengan golongan yang sepatutnya dia pertahankan. Ramai blogger/cytro ini yang telah berkampung di PWTC sejak semalam secara SUKARELA untuk menyalurkan persepsi baik kepada UMNO... Sungguh rugi jika tidak mengambil kesempatan ini untuk berjumpa & mendengar isi hati mereka!





Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger