Sidang #MahasiswaNasional Berformat Parlimen - Asah Bakat Mahasiswa! @NajibRazak @RazaliIbrahim @TunFaisal

Persidangan Mahasiswa Nasional yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 minggu depan akan menggunakan format baharu iaitu ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas.

Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, format itu julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum.

Kata beliau, perubahan pendekatan itu dibuat bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa kepada asas perdebatan dalam Parlimen.

"Dengan format ini juga kita akan dapat mengasah dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dalam kalangan mahasiswa.

"Selain itu, itu bertujuan untuk melatih mahasiswa agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea dalam membina dasar-dasar negara," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Parlimen hari ini.


Menurut Razali, persidangan kali ini yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Biro IPT UMNO memerlukan peserta mencadangkan usul dan membahaskan empat bidang serta skop utama iaitu politik, ekonomi, agama dan pendidikan.

"Di penghujung persidangan ini nanti, saya sendiri akan menerima usul yang telah diundi dalam bentuk resolusi untuk disampaikan kepada kepemimpinan tertinggi UMNO.

"Daripada perbahasan itu juga, kita akan mengenal pasti tiga jurucakap bagi mewakili perwakilan KULN untuk diketengahkan dalam persidangan sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agung UMNO 2013," ujarnya.

Bertemakan 'Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa', persidangan itu yang melibatkan 150 peserta akan diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Disember ini.

Sebanyak 150 peserta terlibat, 75 daripadanya merupakan pemimpin mahasiswa dari luar negara manakala 75 mahasiswa (dalam negara).

Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger