#PemilihanUMNO: Mengangkat "THE FIGHTER" Di Pentas Juang UMNO!! Siapa Lagi?? No-02 @LokmanAdam #Lokman4NKP


"Tugas saya lebih kepada merancang strategi, menjawab fitnah dan tohmahan pembangkang yang mana ini sinonim dengan tugas dan peranan sayap. Tugas-tugas ini sudah menjadi 'makanan' saya. Saya yakin dengan kemampuan saya..." Itu komen calon Naib Ketua Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam dalam temubual bersama portal mStar.

Ramai masih dengan pemikiran klise mengungkit penglibatan Lokman bersama parti pembangkang suatu masa dahulu sebagai peluru sesat untuk menjatuhkannya, tanpa sedar pengalaman itu adalah satu kelebihan yang mahal untuk seseorang, membuatkan beliau lebih faham tentang strategi dan gerakerja musuh, justeru mencari solusi paling ampuh untuk mematahkannya!

Lokman Noor Adam seorang FIGHTER yang tidak gentar berhadapan dengan sesiapapun dari parti pembangkang, sikap tegas-lantang-beraninya mengundang gerun sesiapapun yang berhadapan! Individu sebegini yang diperlukan untuk mengangkat martabat Pemuda, membius semangat juang agama-bangsa yang membara.

Video di bawah membuktikan segalanya... Siapa lagi calon terbaik untuk Naib Ketua Pemuda?? Jawapan paling mudah -- LOKMAN NOOR BIN ADAM~!!

Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger