Jom Tengok Perangai Buruk Bakal Pemimpin2 UMNO Di PWTC Esok~!! @NajibRazak @LokmanAdam #Lokman4NKP

Calon Naib Ketua Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam meluahkan kekesalannya bila pengurusan Pemilihan UMNO 2013 menetapkan pemberian nombor calon akan diberikan berdasarkan terma 'siapa cepat dia dapat dulu' yang boleh menjadikan suasana penyerahan borang pencalonan di PWTC esok menjadi haru-biru dan menjejaskan imej bakal-bakal calon yang sudah tentu akan berebut untuk menyerahkan borang. Ini akan menjadi rakaman media dan sudah tentu akan diputarbelit oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab seperti Harakah & Malaysiakini. Sila baca luahan penuh Lokman Noor Adam di laman Facebooknya.


APA RASIONALNYA BAKAL PEMIMPIN DIPAKSA BEREBUT?

Esok (21 Sept 2013), dunia akan melihat bertapa hodohnya perangai bakal pemimpin UMNO di kaca televisyen atau setidak-tidaknya di ruang siber. Ini berikutan keputusan pihak pengurusan parti yang memutuskan bahawa nombor calon akan diberikan berdasarkan siapa serah borang pencalonan dahulu.

Adalah sangat menghairankan dan sukar difahami kenapa keputusan sebegini rupa boleh dibuat. Tidak masuk akal sama sekali, pihak pengurusan atau jawatankuasa pemilihan parti tidak boleh menjangka apa yg bakal berlaku tatkala kaunter pendaftaran pencalonan dibuka jam 8.00 pagi 21hb September ini.

Saya menjangkakan, ramai yang akan sampai seawal jam 7.00 pagi dan semuanya akan berebut sebaik sahaja kaunter penyerahan borang pencalonan dibuka. Peristiwa ini sudah pasti akan dirakam oleh media masadan para blogger, baik dari penyokong kita mahupun pembangkang.

Saya merayu kepada pucuk pimpinan parti agar dapat mempertimbangkan semula keputusan ini. Apa salahnya kita buat pembuangan undi bagi menentukan nombor calon demi memastikan nama baik parti tidak dicemar dengan gelagat yang pasti mengaibkan. -Lokman Noor Adam [Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia]

Share this post :

+ comments + 1 comments

20 September 2013 8:09 PTG

Terbaiklah Bro LA.

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger