Ulasan Filem #NewVillage: Propaganda Sulit Membangkitkan Semula Komunisme Di Malaysia

Mat Sabu & jiwa2 kolot yang sealiran dengannya tentu tersenyum simpul menonton filem kontroversi THE NEW VILLAGE. Gerakan komunis pra-merdeka seperti Mat Indera dianggap sebagai perjuangan menuntut kemerdekaan... mereka tidak faham ideologi komunisme mahu membawa Tanah Melayu ketika itu lebih teruk dari pemerintahan Inggeris.

Ikuti ulasan terperinci mengenai filem ini oleh blogger TRUTH VACCINE:


1. Filem The New Village yang sedang sibuk diperkatakan ketika ini merupakan satu lagi bencana terhadap hubungan antara kaum yang kini menjadi semakin kritikal.

2. Saya tidak akan pergi dari satu plot ke plot lain tetapi akan menggambarkan secara keseluruhan tentang mesej dan kesimpulan yang ingin disampaikan melalui filem ini.



3. Filem ini adalah terbitan Astro Shaw dan syarikat produksinya adalah Yellow Movies Sdn. Bhd. serta diarahkan oleh Wong Kew-Lit, seorang pengarah tempatan.

3a. Secara psikologinya, nama produksi filem ini pun telah merujuk kepada revolusi warna yang dibawa oleh BERSIH.


4. Secara kerangkanya, filem ini mengisarkan kisah percintaan seorang lelaki (Ah Nam) yang merupakan seorang ahli Komunis dan seorang perempuan (Lee Wen Xiu) kampung tersebut.

6. Filem ini juga memaparkan seorang watak protagonis (hero) yang merupakan ahli Komunis yang bercinta tersebut dan seorang watak antagonis (villain) yang merupakan Ketua Polis dibawah Pentadbiran Ketenteraan British.


7. "New Village" atupun Kampung Baru yang digambarkan tidak kelihatan seperti suatu penempatan malah ia lebih mirip kepada sebuah kem konsentrasi seperti kem tahanan Yahudi semasa Perang Dunia II. Penduduk New Village ini juga dilayan dengan teruk seperti tahanan perang.


8. Secara keseluruhannya pihak British digambarkan sebagai jahat, kejam dan menindas orang Cina.

8a. Pihak Komunis pula digambarkan sebagai pembela dan pelindung bagi orang Cina.

9. Emosi filem ini membawa penonton untuk bersimpati kepada perjuangan Komunis dengan memaparkan kesusahan yang dihadapi Komunis di dalam hutan. Orang Cina di dalam filem ini digambarkan turut bersimpati dan membantu dengan memberi makanan, ubat-ubatan dan maklumat.


10. Satu perkara yang mencuri perhatian saya adalah penggunaan 'pengkhianat' yang merujuk kepada orang tempatan yang bekerjasama dengan pihak British. Secara halus, Ketua Polis yang jahat itu dipakaikan beret berlogo Rejimen Askar Melayu (Rejimen yang khusus untuk orang Melayu) walaupun yang memegang watak tersebut adalah seorang berketurunan Cina dan memainkan wataknya sebagai seorang berketurunan Cina.

10a. Persepsi saya menyatakan bahawa 'pengkhianat' yang cuba disampaikan oleh filem ini merujuk kepada orang Melayu.

11. Watak Ketua Polis itu juga digambarkan sebagai sangat jahat serta bersaing untuk bercinta dengan gadis yang sama dengan watak protagonis (hero). Emosi penonton akan terarah untuk membenci watak Ketua Polis tersebut.

12. Di dalam filem ini juga Komunis tidak digambarkan melakukan sebarang keganasan dan memberi ancaman terhadap orang kampung.

13. Satu babak di antara Ah Nam dan juga kekasihnya di dalam gua menceritakan kekejaman Jepun terhadap orang Cina dan juga penindasan British terhadap keluarganya memaksa beliau untuk berjuang kerana pada tanggapannya British dan Jepun adalah sama sahaja; iaitu penjajah.

14. Pada akhir filem, emosi penonton akan terarah untuk membenci dua konsep yang utama iaitu Polis/Tentera dan juga British/Pentadbiran.

15. Filem ini bersifat anti-establishment yang memberikan simpati kepada sebelah pihak sahaja.

16. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa Kerajaan tidak patut membenarkan filem ini untuk ditayangkan.

17. Pertama, semua pelakon terdiri daripada kaum Cina dan beberapa 'orang putih'. Orang Melayu tidak akan ada sebarang emotional attachment terhadap filem ini kerana tidak ada sebarang perkara untuk dikaitkan.


18. Kaum Cina pula adalah sebaliknya. Segalanya adalah mengenai kaum Cina di Malaysia. Emosi kaum Cina akan terarah kepada kebencian. Babak yang memaparkan rumah kaum Cina dipecah, tempat sembahyang dimusnahkan hanya kerana keluarga tersebut engggan berpindah mampu menjadi 'trigger point' kepada emosi kaum Cina.

19. Filem ini juga membawa maksud untuk menidakkan sejarah kemerdekaan negara. Perjuangan Tunku dan UMNO adalah palsu dan pejuang kemerdekaan yang sebenar adalah pihak Komunis. Langsung tidak digambarkan perjuangan dan sumbangan Tunku dan UMNO dalam mencapai kemerdekaan.

20. Sekiranya penonton tidak mempunyai pegangan sejarah yang kuat, mereka boleh membuat kesimpulan bahawa filem ini adalah benar dan perjuangan Komunis juga adalah benar. Kerajaan yang dibina pada hari ini dibina atas perjuangan Komunis dan seharusnya dikembalikan kepada pihak Komunis.

21. Di akhir filem tersebut, satu teks telah dipaparkan yang bertulis:

"Dedikasi kepada Pejuang Kemerdekaan"

22. Cukup-cukuplah orang Melayu dihina dan terus diejek. Satu demi satu kes yang berunsurkan perkauman dan penghinaan terus muncul setiap hari.

23. Kerajaan perlu mengambil satu pendirian yang tegas pada kali ini. Secara jelas usaha Kerajaan terhadap kaum Cina tidak disambut baik untuk PRU-13. Orang Melayu pula sentiasa berdiri teguh dan setia bersama Kerajaan, walaupun hati mereka semakin hari semakin dalam terguris.

24. Saya secara peribadinya berpendapat bahawa filem New Village ini mempunyai niat jahat yang khusus. Filem ini juga secara tidak langsung bersetuju dengan kenyataan-kenyataan yang pernah disebut oleh pemimpin pembangkang seperti Mat Sabu dan DAP.

25. Tidak hairanlah sekiranya yang menaja penggambaran filem ini sebenarnya terdiri daripada pemimpin pembangkang.

26. Jangan pula berlaku sesuatu perkara yang buruk baru Kerajaan mahu campur tangan. Dan jangan pula berlaku 'Tsunami Melayu' untuk PRU-14.

27. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!
Share this post :

+ comments + 4 comments

Tanpa Nama
1 Ogos 2013 8:55 PG

mereka ingat filem celaka new village ini dapat ditayangkan sekiranya putrajaya dapat dirampas...

Tanpa Nama
1 Ogos 2013 9:51 PG

Ini adalah suatu propoganda yang dibawa oleh kaum Cina pembangkang khasnya DAP secara terancang untuk menguasai politik negara ini setelah ekonomi berada dalam genggamannya. Cukup merbahaya apabila sejarah dimanupulasikan, lebih-lebih lagi andai yang menonton itu ( moga filem ini tidak diluluskan tayangan )adalah anak muda yang tidak tahu sejarah bagaimana negara Malaysia terbina berdiri teguh pada hari ini.

Melalui filem ini, sebenarnya kaum Cina sudah nampak dengan jelas dan merancang lebih awal sebelum PRU14 pada 2018 dimana pada masa itu kaum Cina akan berhabis-habisan ( all-out )untuk menguasai politik di Malaysia kerana kaum Melayu sudah berpecah kepada beberapa bahagian, juga angkara dari kaum kiasu ini, pecahan itu mungkin begini :-
1. Melayu UMNO
2. Melayu PAS
3. Melayu PKR
4. Melayu pro Cina ( DAP,MCA dan Gerakan )
5. Melayu atas pagar ( opportunis )
6. Melayu yang berpeluk tubuh

Daripada propoganda filem New Village itu, imiginasi saya mengatakan begini; pada 2018, DAP will do or DAP will die, MCA dan Gerakan sekarang dilihat hidup segan mati tak mahu malah majoriti penyokong kedua-dua parti tersebut jelas anti BN, untuk itu Cina akan bersatu dibawah satu bumbung. Masa depan yang tercabar serta serba kemungkinan, Melayu dan Islam wajar merapatkan safnya, bersatu mempertahankan maruah tanah Melayu ini.

From abang batu
Wassalam

Tanpa Nama
2 Ogos 2013 11:40 PG

sEBENARNYA BANYAK juga filem-filem cina yang membawa isu perkauman...contoh filem bruce lee dan jicky chan. Di dalam dialog mereka kerap menyebut...kita orang cina...mesti tolong orang cina...sepatutnya bahagian ini perlulah di potong di dalam filem yg selalu ditayangkan di tv.

Tanpa Nama
30 Ogos 2013 9:01 PTG

Semalam aku pergi ke Pulau Pinang nak nonton "Tanda Putera" tapi frust sangat coz tiada tayangan di Penang ...kemudian aku lari plak ke Sungai Petani tapi aku tak frust sebab semalam Hari Khamis dan malam Jumaat so tiada tayangan filem selepas jam 7 petang...Bagus Kedah..

Bangsa Melayu masih Alpha dan teringin sangat nak di perintah bangsa lain..baguslah cam tu...banyak komen dari kaum tu mengatakan Tanda Putera Racist...itu perkara biasa dan sebutan racist memang dah amalan mereka...

Semangat pasang Bendera pun dah hilang...Melayu Moden agaknya....

Dasar Pendidikan Negara 2013-2025 cukup bagus dan aku sokong dengan bermulanya pendidikan sejarah di peringkat sekolah rendah...kita nengok kaum mana nak melenting.....kaum mana nak cakap racist.....

Bila ada part sejarah mengatakan mereka datang dengan tongkang dari tong san....

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger