#PemilihanUMNO: Mampukan TS @AnnuarMusa Bawa Perubahan Kepada UMNO?? #TSAM4MT #UbahUMNO @NajibRazak

Tan Sri Annuar Musa (TSAM) kembali ke persada politik selepas melonjakkan rekod cemerlang Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dengan membawa pasukan The Red Warriors ke satu aras yang cukup membanggakan, menjadi antara pasukan yang paling digeruni di liga tempatan.

Pengurusannya bukan sekadar terhadap pasukan yang memenangi treble kejuaraan tahun lalu, tapi penjenamaan TRW yang membuatkan banyak persatuan bolasepak lain mencemburui & menjadikan kejayaan TSAM satu inspirasi untuk membentuk kegemilangan yang sama.

TSAM merampas kembali Parlimen Ketereh pada PRU13. Titik mula untuk beliau mengharungi semula arus getir politik dengan membawa semangat baru kepada UMNO/BN.

Kelantangan TSAM selama ini berkaitan sukan bolasepak sudah terserlah sehinggakan banyak tindakan undang-undang dikenakan kepada beliau oleh FAM.

Dalam masa UMNO ketandusan sosok yang berani bersuara lantang mengangkat martabat Melayu, TSAM diharapkan menjadi jawaban kepada penantian yang lama ditunggu-tunggu.

Perubahan kepada bolasepak Kelantan mungkinkah akan menjadi kayu ukur perubahan kepada UMNO yang akan dibawa oleh TSAM?? 

Keputusan beliau bertanding dalam Pemilihan UMNO 2013 merebut kouta Majlis Tertinggi (MT) adalah langkah-langkah awal menyaksikan kelantangan suara bangsa menggegar tiap pelosok negara selepas ini. 

Menjawat jawatan sebagai Pengerusi MARA & Presiden KAFA boleh dijadikan alasan wang dan kedudukan bukan lagi menjadi prioriti kepada TSAM dalam keputusannya ini, tapi menyertai angin perubahan dalam UMNO yang harus diperkukuh sebelum runtuh!

Memilih Tan Sri Annuar Musa sebagai Ahli MT... para perwakilan UMNO pasti tidak akan meratap sesal!!



KOTA BHARU: Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa mengesahkan beliau akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti Oktober depan.

Annuar berkata beliau membuat keputusan untuk bertanding pada pemilihan parti selepas memenangi kerusi Parlimen Ketereh pada pilihan raya umum lepas 'berehat' satu penggal pada 2008.

"Apabila kembali sebagai anggota Parlimen, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjadi pembuat dasar. Saya buat keputusan untuk tawarkan diri bertanding sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno.

"Namun, ia terpulang kepada kira-kira 150,000 wakil cawangan untuk membuat keputusan memilih siapa," katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar The Red Warriors bersama pengamal media di sini semalam. [SUMBER]
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger