Kasihan @Azwanbro - Menjadi Mangsa Ketamakan 2 Orang Blogger!! #KhairulAzwan4NKPUM

Rasanya permasalahan di sini bukan cuba membicarakan tentang duit, wang atau sebarang bentuk material kerana Maya dikhabarkan jumlahnya terlalu kecil untuk diperbalahkan.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah sikap PAILANG, SAILANG & JALANG sesetengah individu yang mengkhianati amanah yang diserahkan kepada mereka dengan membuat perancangan sulit bagi menafikan usaha rakan-rakan lain yang bertungkus-lumus bersama.

Hasil dari informasi yang salah (dengan tujuan menipu untuk lebihan bahagian peribadi) yang telah disampaikan kepada rakan-rakan lain, sudah pasti ada yang tidak berpuas hati bila penat-lelahnya dianggap sampah yang patut dibuang. Plot pengorbanan boleh saja direka-reka untuk menyedapkan jalan cerita.

Komplikasinya, calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun (@Azwanbro) menjadi mangsa hentaman rakan blogger lain, semuanya kerana ketamakan 2 orang blogger yang akhirnya memusing pelbagai cerita untuk menyelamatkan tengkuk sendiri.

Namun Maya dikhabarkan blogger yang menghentam @Azwanbro tersebut sudah dapat membaca niat serong 2 rakan mereka sedari awal. Menghentam @Azwanbro adalah satu2nya jalan untuk membongkar kisah sebenar yang cuba disembunyikan oleh 2 orang blogger tersebut dengan rapi.

Akhirnya semua KISAH PAILANG, SAILANG & JALANG terungkai... bila @Azwanbro sendiri memberi pencerahan yang jelas bercanggah dari cerita rekayasa 2 orang blogger tersebut.

Lebih mengejutkan bila lebih banyak kisah penipuan sebelum ini terbongkar dan niat blogger tersebut menggunakan satu unit dalam Pergerakan Pemuda UMNO sebagai platfom menyedut laba peribadi telah dikesan.

Seorang ahli politik kadangkala senang terpesona dengan cerita-cerita indah yang belum tentu kesahihannya... sedangkan cerita indah tersebut sebenarnya digunakan sebagai tudung untuk menelungkup penipuan yang telah dilakukan.

Rasanya tidak perlu lagi Maya dedahkan siapakah 2 orang blogger tersebut kerana masa dan ruang akan terbuka sendiri untuk semua orang mengenali mereka. Kepada pemimpin-pemimpin pula, berhati-hatilah dengan sesetengah blogger yang mungkin akan memusnahkan karier politik anda jika tersalah engagement atau perhitungan.

P/S: Dari raut wajah saja kadang2 kita boleh mengenali hati-budi seseorang... ~MayaDeJendela
Share this post :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
10 Ogos 2013 2:19 PG

steadyyyyyyyyyyy... #KhairulAzwan4NKPUM!!!!

Tanpa Nama
21 September 2013 7:34 PTG

udah x bt koje mmg itu lah padahnyer... tanya pemuda pasir salak jgn ditanya kroni exconya. apah tak heyyyyy

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger