Pertikai Perlantikan Pengerusi Tabung Haji... Syed Mehdar Terima Arahan Siapa?? @NajibRazak @AzeezPutera

"Perdana Menteri sewajarnya memberi keutamaan untuk melantik mana-mana pegawai kanan kerajaan yang telah bersara atau individu yang mempunyai latar belakang agama serta kredibiliti mereka dihormati oleh masyarakat khususnya orang Islam. Tetapi, apabila Abdul Azeez dilantik sebagai Pengerusi TH, pelbagai persoalan timbul dan ada pihak yang mempertikaikan intergriti dan kredibiliti beliau untuk menerajui lembaga tersebut...” - Syed Mehdar KPB Cheras.


Datuk Azeez Rahim telah dilantik secara rasmi menjadi Pengerusi Tabung Haji oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak. Selepas beberapa blogger elitis meraban tanpa musabab jelas dengan perlantikan ini, Ketua Pemuda UMNO Cheras, Syed Mehdar Syed Abdullah menjadi pimpinan UMNO pertama mempertikaikan perlantikan sah oleh Perdana Menteri untuk jawatan tersebut.

Siapa Syed Mehdar yang cuba mempertikaikan personaliti, integriti dan kreadibiliti otang lain bagi menentukan kelayakan seseorang memegang sesuatu jawatan. Usah ditanya kejayaannya di peringkat nasional, di peringkat Parlimen Cheras saja sudah cukup untuk menempelak segala suara sumbangnya dengan tiada sebarang jasa bakti kepada rakyat jelata, jauh-jelak jika mahu dibandingkan dgan Datuk Azeez Rahim.

Perlantikannya sebagai Ketua Pemuda Cheras saja sudah bersifat nepotisme memandangkan dia mempunyai pertalian darah dengan Ketua Bahagian.

Atau mungkinkah Syed Mehdar cuma menjadi tukang ketuk tong kosong untuk menyuarakan pandangan orang lain seperti kita tahu ada individu yang rapat dengan Syed Mehdar sememangnya suka mempertikaikan usaha dan komitmen orang lain sedangkan dirinya tak mampu mengubah apa-apa untuk penambahbaikan UMNO di Parlimen Cheras.

Jika andaian ini benar ternyata individu tersebut tersilap pilih kerana Syed Mehdar cumalah seorang useless jerk dalam Pergerakan Pemuda UMNO, yang menaiki takhta sayap pemuda di bahagiannya kerana nepotisme semata.



Baca juga komen blogger2 lain mengenai meroyan Syed Mehdar... klik ---> DI SINI, DI SINI & DI SINI.


.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
23 Julai 2013 9:59 PTG

Yg komen ni mesti karoni org2 azeez...betul tak? Dalam perjuangan parti apa2 sekalipun rakyat atau sesiapa sahaja berhak memberi pendapat...walau org tertinggi yg membuat pilihan tidak semesti nya tepat semua "yes bos" walau hakikatnya memang tak layak...kita berhak menegur dn memberi pendapat...aku tak rasa syed mengeluarkan pendapat membuta tuli...syed bersuara kerana beliau adalah seorang pemimpin yg berani bersuara kalau setakat jadi pemimpin "yes bos" mmg jahanam lah parti...

Tanpa Nama
29 Ogos 2013 9:34 PTG

semua org ade pndpt msg2.......syed mehdar ini bersuara bukan krn azeez tdk ade ape2 jase pd ngr.....memang byk jase beliau...
pndpt syed mehdar agaknya meminta agar kite memilih tokoh agama atau org yg byk jasenya dlm meningkatkan syiar islam d ngr kite....
sbnrnya ramai tokoh2 agama yg berwibawa utk memimpin tabung haji....berilah peluang kpd tokoh2 agama utk menyumbang sesuatu kpd tabung haji.......Bygkan kalau pengerusi tabung haji bole brbahasa arab...senanglah utk berurusan dgn pihak arab saudi bukan...tentulah mrk akan lbh mnhormati MALAYSIA DAN TABUNG HAJI...w'assalam

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger