Boikot Taklimat Parlimen, PR Khianat Amanah Rakyat!!


Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani menyifatkan tindakan pembangkang yang memboikot taklimat tersebut sebagai tidak komited dengan amanah rakyat.

Beliau berkata tindakan itu menunjukan wakil rakyat pembangkang tidak bersedia untuk menjadi ahli parlimen.

Sehubungan dengan itu Mohd Azizuddin mengingatkan agar pemimpin pembangkang mengambil serius amanah rakyat yang dipikulkan kepada mereka dan sewajarnya tidak mengabaikan taklimat Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini.

"Saya rasa mereka (pembangkang) mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat sebab rakyat dah lantik mereka sebagai ahli parlimen.

"Jadi mereka pun menang 89 kerusi, jadi kalau mereka hendak boikot atas dasar tidak puas hati dengan pilihan raya, jadi maknanya mereka tidak bersedia untuk menjadi ahli parlimen, jadi bagaimana amanah rakyat yang telah memilih mereka menjadi wakil rakyat?," katanya ketika dihubungi tadi.



Difahamkan majlis taklimat Parlimen hari ini menyaksikan hanya ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa sahaja yang hadir.

Sementara 88 ahli parlimen pembangkang yang lain tidak kelihatan.

Untuk rekod, pembangkang sebelum ini menegaskan mereka mahu memboikot sesi Parlimen ke-13 yang akan bermula 24 Jun ini selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antaranya, mereka mendesak supaya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana didakwa bersekongkol dalam penipuan PRU13.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, kehadiran hari pertama pada sesi Parlimen adalah penting kerana mengikut peraturan mesyuarat, akan diadakan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Malah beliau menyifatkan ahli parlimen yang tidak hadir pada hari pertama tanpa sebab munasabah dianggap sebagai penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat serta negara ini. -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger