#GE13 - UJIAN POLIGRAF: BERANIKAH HUSAM BERCAKAP BENAR?? #Husam4Putrajaya? @HajiHusamMusa @TunFaisal @SyedAzidi


Esok di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 akan diadakan ujian poligraf (mengesan pembohongan) antara calon PAS Parlimen Putrajaya, Husam Musa dan blogger Syed Azidi (Kickdefella) berkaitan dengan beberapa hal yang melibatkan mereka berdua dan juga menjawab pendedahan di dalam buku yang tersebar sekitar Putrajaya berjudul "Kenali Siapa Husam".


Kickdefella pernah berkhidmat untuk Husam selama dua tahun sekitar PRU12 lalu, mencabar Husam pada 28 April lalu untuk membuat ujian poligraf ini bagi memastikan dia tidak berbohong tentang beberapa skandal, projek dan kegagalannya selama menjadi exco Kerajaan PAS Negeri Kelantan...



Esok juga (9malam) Husam mencabar calon BN Parlimen Putrajaya, DS Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berdialog mengenai masa depan warga Putrajaya.

Beranikah Husam untuk menjalani ujian poligraf terlebih dahulu sebelum mengadakan dialog dengan Ku Nan bagi membuktikan dirinya bukan seorang pembohong?? Jika Husam bacul untuk hadir bagi membuktikan dirinya seorang pemimpin yg sentiasa bercakap benar, lupakan hasrat untuk berdialog dengan Ku Nan kerana itu ternyata akan menjadi majlis yang sia-sia.

Warga Putrajaya mencari seorang pemimpin yang serius membela nasib rakyat, bukan pemimpin yang bermanis kata berbaur dusta. Jom kita beramai-ramai ke Kelab Tasik Putrajaya jam 5 petang esok melihat Husam menjalani ujian poligraf... Beranikah Husam bercakap benar???
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger