#GE13: 5 Sebab Cina Tolak MCA, GERAKAN Pada #PRU13


Seorang penganalisis politik menggariskan lima sebab mengapa kaum Cina menolak MCA dan GERAKAN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kelmarin.

Sebab utama ialah mereka terpengaruh dengan slogan DAP iaitu ‘Wu Yue Wu, Huan Zheng Fu’ (Lima Hari Bulan Lima, Tukar Kerajaan), sekali gus mengakibatkan ‘tsunami kaum Cina’.

Prof Dr Hoo Ke Ping berkata, faktor kedua ialah PAS yang turut memberi tumpuan kepada pengundi Cina sehingga sesetengah pemimpin kanannya sanggup menggugurkan tuntutan negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan mereka selama ini.

“Ketiga, kaum Cina mempunyai aspirasi tinggi untuk memegang kuasa dan ia boleh dilihat apabila BN tumbang seperti di Pulau Pinang dan Selangor.

“Kelima, kempen dan strategi parti berorientasikan kaum Cina iaitu MCA dan GERAKAN dilihat sangat tradisional dan kolot. Saya pernah memberi taklimat kepada Jawatankuasa Pusat MCA dan GERAKAN supaya melawan pembangkang habis-habisan, tetapi mereka tidak mahu,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Pada PRU-13 kelmarin, MCA memenangi tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kerusi yang ditandinginya, dan hanya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.

Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN.

MCA perlu lakukan pembaharuan

GERAKAN pula hanya memenangi satu kerusi Parlimen, Simpang Renggam, daripada 11 kerusi diperuntukkan, dan tiga kerusi DUN iaitu Pemanis, Johor; Tanjong Papat dan Elopura, Sabah daripada 31 kerusi ditandingi.

Mengenai masa depan MCA, Ke Ping berkata, parti itu perlu melakukan pelbagai pembaharuan, termasuk merombak kepemimpinan untuk terus kekal relevan dalam politik negara ini.

“Bagi GERAKAN, secara peribadi saya berpendapat parti itu sudah tidak boleh hidup lagi kerana dua kali kalah teruk dalam pilihan raya umum, selain tidak mempunyai hala tuju dan kepemimpinan yang agresif,” katanya. -BH
Share this post :

+ comments + 3 comments

Tanpa Nama
7 Mei 2013 3:14 PTG

setuju sangat pemimpin MCA patut berundur dari Presiden hinggalh kepada AJK pusat mereka. Gantikan dengan yang baru yang lebih agresif.

Tanpa Nama
7 Mei 2013 8:17 PTG

MARI RAMAI RAMAI MENYERTAI GERAKAN BOIKOT KEDAI CINA DAN HAPUSKAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KERANA MENGUJUDKAN SUASANA PERBEZAAN PERKAUMAN.
BUY CHINESE LAST MOVEMENT (BCLM Malaysia)
JOIN FB PAGE
http://www.facebook.com/pages/Buy-Chinese-Last-Movement-BCLM-Malaysia/119764648103235
AYUH SAUDARAKU, BANGKIT!!!
PANGGILLAH RAKAN2MU UTK BERSAMA2 MENYERTAI GERAKAN INI
PENGAJARAN SEWAJARNYA WAJIB DILAKSANAKAN SEKARANG!
TUNJUKKAN SUARA KITA!
-chinese neuker

“PERSEKUTUAN TANAH MELAYU !”
“FEDERATION OF MALAYLAND !”

Tanpa Nama
10 Mei 2013 4:56 PTG

Assalam,pada pendapat sy..orang melayu islam harus bangkit dari tidur,kita sama-sama buat apa yang orang cina buat,dr segi ekonomi A-Z kita berkerjasama,tolong menolong antara satu sama lain,buang perasaan iri hati. Dan kerajaan pula inilah masanya tolong/pikat balik orang melayu islam dalam apa juga bidang,sediakan tempat/ruang untuk mereka,permudahkan urusan tanpa birokrasi,kalau tak nak orang cina/pembangkang memerintah PRU14 nanti..

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger