#OpsDaulat: Seorang Anggota ATM Terkorban, 3 Pengganas Sulu Dibunuh!!

LAHAD DATU: Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga pengganas sulu ditembak mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.

1163468 Prebet Mohd Hurairah dari 7md, Kem Kukusan Tawau Sabah, berasal dari Kelantan terbunuh dlm pertempuran tersebut.

Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media pada petang Selasa.

Kpl Khairul Anuar dari Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) dari Batalion ke 7
yang ditembak oleh pengganas di Lahad Datu pagi tadi disahkan stabil oleh 
DCO Sandakan.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada pukul 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Hingga kini jumlah anggota keselamatan yang terkorban dalam Op Daulat ialah sembilan orang.

Sebelum ini seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.
Share this post :

+ comments + 3 comments

13 Mac 2013 7:05 PG

mana satu yang betul ni? yang terkorban Kpl Khairul Anuar dari Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) dari Batalion ke 7 ke atau Prebet Mohd Hurairah dari 7 RAMD?... sebab seorang je askar terkorban.. biar betul awak tulis fakta ni...

Tanpa Nama
15 Mac 2013 2:40 PG

"Kpl Khairul Anuar dari Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) dari Batalion ke 7
yang ditembak oleh pengganas di Lahad Datu pagi tadi disahkan stabil oleh DCO Sandakan"

"1163468 Prebet Mohd Hurairah dari 7md, Kem Kukusan Tawau Sabah, berasal dari Kelantan terbunuh dlm pertempuran tersebut"

Baca betul2

Tanpa Nama
28 Mac 2013 5:54 PTG

jangan salahkan orang lain atas apa yang berlaku.. salahkan diri sendiri dahulu,baru salahkan orang lain..selidik dahulu kejadian sebenar antara dua pihak..jangan berat sebelah.. bersikap adil la.. jangan buat keputusan yang meluluh..fikir baik buruk sesuatu perkara yang akan berlaku kelak atau kesan tindakan yang akan kita lakukan..gunalah akal yang allah telah berikan kepada kita yang dapat membezakan baik buruk sesuatu hal.. cuma akal yang membezakan manusia dengan jin,syaitan dan hidupan di muka bumi ini..kita adalah khalifah allah di muka bumi ini..akal la senjata kita yang hebat..

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger