#LahadDatu #KonspirasiUMNO - Salah Faham?? Spin @TianChua Spinnnn!!! @Abby_Abadi112

Berdasarkan penjelasan mangkuk-ayun ni kita boleh sifatkan mereka (PR) boleh tuduh segala2nya salah UMNO, konspirasi UMNO, drama UMNO sehinggalah berlakunya kematian... Abby Abadi plak camana... salah faham jugak ke???



Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa kenyataannya yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno telah disalah faham.

Menurutnya, kenyataan beliau yang disiarkan portal rasmi PKR itu langsung tidak merujuk kepada peristiwa penembakan yang mengorbankan dua anggota keselamatan negara.

Sebaliknya, beliau berkata, kenyataan tersebut dibuat sebelum berlakunya kejadian yang membabitkan pertempuran antara pihak keselamatan negara dengan penceroboh dari selatan Filipina.

“Saya mengatakan ia sandiwara Umno kerana mereka sering mengaitkan pembangkang di sebalik insiden di Lahad Datu. Sedangkan, kerajaan sendiri asyik berdolak-dalik mengenai situasi sebenar di sana.

“Secara kebetulan kenyataan saya itu disiarkan pada hari sama dengan kejadian penembakan tersebut. Lalu menyebabkan ramai yang tersalah tafsir kenyataan saya dan mengaitkannya dengan insiden yang meragut nyawa itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, beliau tidak sesekali mempersoalkan pengorbanan anggota keselamatan yang terlibat dalam pertempuran di Lahad Datu, kelmarin.

“Saya berasa simpati dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban,” katanya. -SH

Share this post :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
7 Mac 2013 5:46 PTG

tian chua boleh pegi mampus. kurang ajar dan tak bermaruah.

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger