Siapa Calon PM Tak Perlu Umum Lagi, Kerana #ManifestoBukanJanji -Anwar

anwar ibrahim
PETALING JAYA - Isu siapa calon perdana menteri tidak menjadi masalah besar kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai calon perdana menteri PR yang masih "dirahsiakan" daripada pengetahuan umum semasa pembentangan manifesto semalam.

Menurutnya, semua orang memberi perhatian mengenai isu ini termasuk Barisan Nasional (BN) dan begitu juga PR.

Namun beliau berkata, bagi PR isu perdana menteri tidak menjadi masalah kerana apa yang penting adalah manifesto yang dikemukakan kepada rakyat semalam adalah lebih baik daripada kerajaan BN.

"... isu itu tidak menjadi masalah kepada kami. Saya tahu ramai orang mengambil perhatian isu ini termasuk BN, kita pun ambil perhatian.

"... apa yang lebih penting adalah pembentangan manifesto itu, manifesto yang lebih baik kepada rakyat.

"Jadi saya tak lihat tidak mengumumkan calon perdana menteri sebagai masalah kepada rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu juga tidak mendedahkan siapa sebenarnya calon perdana menteri, namun hanya menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan.

Rahsia itu terus disimpan apabila soalan diacukan kepada setiausaha Agung PKR Datuk Safuddin Nasution Ismail dan sekali gus mengakui calon perdana menteri telah ada.

Bagaimanapun semasa pembentangan manifesto PR di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Anwar adalah calon yang layak untuk menjadi perdana menteri sekiranya PR menang PRU13.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, PR tidak membangkitkan isu perdana menteri kerana sebelum ini calon menteri besar di beberapa buah negeri pakatan pembangkang juga tidak diumumkan.

Anwar juga berkata kenyataan daripada BN yang mempertikaikan kegagalan PR mengumumkan perdana menteri itu tidak perlu di layan.

"Saya rasa perkara ini tak perlu dilayan. Dulu di Selangor kita tak umum pun calon menteri besarnya ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, tapi akhirnya beliau yang pegang tampuk pemerintahan di negeri ini," katanya lagi. -SH
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger