#KalimahALLAH: PKR Sokong Karpal, Tolak Pendirian Majlis Syura PAS!!


NAIB PRESIDEN PKR Fuziah Salleh hari ini secara terbuka menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu.
Fuziah turut menyokong desakan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng yang mahukan penganut Krisitian di Semenanjung menggunakan Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Beliau mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya.

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” Fuziah memberitahu Antarapos.

Pada 13 Januari lalu Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam sebarang penerbitan bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Bagaimanapun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.

Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadi setakat ini belum mengemukakan pendirian Majlis Syura itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata partinya mahu Majlis Syura mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan Rakyat.

Beliau dicemuh oleh pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.

Pendirian Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mengenai isu kalimah senada dengan pendirian DAP walaupun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berkata PKR menyokong keputusan Majlis Syura PAS.

Bagaimanapun Azmin membayangkan pendirian Syura itu tidak akan diangkat untuk mengganti atau dijadikan tambahan kepada ketetapan Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu.

Fuziah menegaskan kalimah Allah tidak pernah menjadi hak eksklusif umat Islam kerana digunakan sejak zaman Jahiliah.

“Kalimah Allah ini telah digunakan oleh manusia daripada awal lagi..sebelum Islamnya datang,” kata beliau.

“Jadi kalau sebelum Islam datang orang-orang Arab Jahiliyah pun sudah guna perkataan Allah, jadi bagaimana boleh hina Islam?,” tambah beliau.

Fuziah berkata sekiranya Bible di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah, maka kelonggaran itu juga harus diberikan di Semenanjung.

“Selama ini boleh digunakan di Sabah dan Sarawak. Kenapa ada dua peraturan berbeza di Malaysia. Jadi itu kena tanya kepada pihak pemerintah,” kata beliau.



Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak arahan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan Kristian akhbar The Herald daripada menggunakan kalimah Allah.

KDN kini merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Penggunaan kalimah Allah menjadi modal politik untuk pembangkang, khususnya DAP dan PKR yang mensasarkan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Kira-kira 40 peratus rakyat Sarawak dan 30 peratus rakyat Sabah adalah penganut Kristian yang menjadi harapan PKR dan DAP untuk memenangi sejumlah besar kerusi di dua negeri itu. -antarapos
Share this post :

+ comments + 3 comments

Tanpa Nama
20 Februari 2013 11:07 PTG

AKU NAK TANYA, KALIMAH ALLAH INI BUKAN KE SESUATU YANG MELIBATKAN UGAMA?
DI SEMENANJUNG, ORANG ISLAM SAHAJA YANG BERHAK MENGGUNAKANNYA.
AGONG, SULTAN DAN RAJA2 MELAYU YANG BERTANGGUNGJAWAB SEBAGAI KETUA YANG MENJAGANYA
HAIRAN SUNGGUH, BILA DIPOLITIKKAN KALIMAH INI, KARPAL SINGH DAN GUAN ENG DIBIARKAN BERPERANAN MENENTUKAN BAHAWA KALIMAH ALLAH INI BOLEH DIGUNAKAN OLEH MEREKA DIDALAM BIBLE TERJEMAHAN DALAM BAHASA MELAYU.
PERTANYAAN AKU, ADAKAH PARA MUFTI MAKAN GAJI BUTA TIDAK MAHU MENASIHATKAN AGONG, SULTAN DAN RAJA2 MELAYU SUPAYA BERTINDAK? PM PUN BUAT TAK KISAH JE KE???????

Tanpa Nama
20 Februari 2013 11:12 PTG

fauziah binti salleh murut keningau

Tanpa Nama
21 Februari 2013 1:55 PG

Astagfirullah… boleh dia kata perkataan Allah telah digunakan SEBELUM kedatangan Islam?

Agama apa yang dia fikir yg dibawa oleh Nabi Adam alaihissalam? Nabi Adam tu manusia pertama Fuziah ooiii ..!

Nabi Adam dan nabi-nabi lain sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW semuanya HANYA mengajar agama Islam..!

Memang bahasa-bahasa yang digunakan berbeza mengikut peredaran zaman tapi nama tuhan sejak Nabi Adam tetap Allah dan agama tetap Islam.

Hanya kerana awak nak maintain area Kuantan yg ramai kafir tu, jagalah akidah anda… tolonglah..!
Ingatlah kepada mak bapak yang telah melahirkan awak ke dunia ni…sedih mereka kalau anak mereka jatuh syirik… fikirlah sebelum bercakap.

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger