"Haji Hadi Harus Bertaubat!!" - Karpal Singh


Karpal Kecewa Kenyataan Abdul Hadi Berhubung Isu Kalimah Allah
GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, adalah salah untuk menyatakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu kalimah Allah diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.
Dalam hal ini, beliau kecewa dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri AbdulHadi Awang, katanya kepada pemberita di sini Sabtu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar yang memetik Abdul Hadisebagai berkata larangan ke atas orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu telah selesai dan bahawa pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara itu yang dibuat Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa satu pertemuan ringkas dengannya di Pulau Pinang Isnin lepas.
Beliau menegaskan tiada sebarang perkara dibincangkan berhubung isu itu apabila beliau bertemu Nik Abdul Aziz pada pertemuan tidak rasmi itu.
Katanya, Majlis Syura Ulama PAS tidak sepatutnya berpegang teguh dengan pendiriannya kerana ia bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Karpal Singh berkata, DAP tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman PAS sebaliknya berpegang kepada pendirian yang diambil pakatan pembangkang selepas Penasihat DAP Lim Kit Siang, Abdul Hadi dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, bersetuju bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh orang bukan Islam. - BERNAMA
Share this post :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
3 Februari 2013 1:49 PG

PAS dah masuk perangkap...!!

Tanpa Nama
4 Februari 2013 9:29 PTG

Pemimpin2 PAS gila kuasa. Mengata orang dia yang lebih. Nak tadbir Malaysia ikug ISLAM konon. Ngan DAP pun dah tak terlawan.Nak perjuangkan ISLAM konon tapi bersekongkol ngan DAP yang terang2 tolak ISLAM. Kalau dah mabuk kuasa, apa yang PKR dan DAP cakap semua betul, perjuangan ISLAM tolak tepi dulu. TALAM SERIBU MUKA.

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger