Bai'ah Cerai Isteri Tidak Wujud... Kelentong PAS Pra #PRU13

Kalau ikut versi keadilan ala-gaPAS, pemimpin yang tidak mengikut kehendak parti akan ditendang keluar tanpa pembelaan... dalam bab 'BAIAH' yang semakin bercelaru ini yang mana satu betul, kenyataan YB Gunung Semanggol dalam video di bawah atau kenyataan Porscheruh Jaya PAS Perlis dalam SinarHaruan hari ini? Tak cukup dengan fitnah, macam2 kelentong PAS tabur menjelang PRU-13...



Baiah cerai isteri tidak wujud -PAS

KANGAR - Pas Perlis menafikan wujud sumpah taat setia atau baiah dalam parti itu sehingga sanggup menceraikan isteri dengan talak tiga, sekiranya pemimpin dan ahli lompat parti.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, baiah seperti itu tidak wujud dalam Pas, sebaliknya disalah erti pihak luar.

“Kita tidak buat baiah seperti itu. Yang ada hanya baiah untuk berpegang kepada perjuangan Islam,” katanya.

Menurutnya, baiah dalam Pas berteraskan ketaatan kepada Islam dan kesetiaan kepada pemimpin yang memperjuangkan Islam, semua kepimpinan dan ahli membuat janji itu (baiah) untuk tidak meninggalkan perjuangan.

“Jika individu itu keluar parti bermakna dia mungkir janji. Yang kita tekankan ialah apabila berjanji hendaklah tunaikan, sebab janji itu bukan benda yang lara,” katanya.

Hashim berkata, jika ahli Pas berhasrat keluar parti, individu itu hendaklah menanggung sendiri dosa memungkiri janji itu.

“Dia mungkir janji, itu antara dia dengan ALLAH SWT. Janji ini macam ikrar sahaja, biar ALLAH SWT yang tentukan,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mendakwa terdapat ahli dan pemimpin Pas tidak dapat menyertai Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana sumpah baiah dilafazkan itu.

Katanya, sumpah itu sebagai jaminan ahli Pas tidak meninggalkan parti dan menyertai parti lain. Jika mereka berdegil dan tetap meneruskan hasrat itu, maka sumpah tersebut akan terjatuh seumpama mereka menceraikan isteri mereka dengan talak tiga. -SH
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger