[VIDEO] @AnwarIbrahim Berdolak-dalik Pendirian Tentang #KalimahALLAH


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan menjawab persoalan sama ada beliau bersetuju keputusan Majlis Syura Ulama PAS bersabit larangan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Anwar berkata Pakatan Rakyat tetap memegang perakuan 8 Januari oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan ia tidak menghina Islam.

Bagaimanapun PAS mengubah pendirian itu apabila Majlis Syura Ulama parti itu melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab bukan Islam.

Anwar mendakwa anggapan bahawa beliau menolak keputusan Majlis Syura itu adalah fitnah media kawalan Umno.

“Ini mainan media..saya tak pernah kata tidak setuju. Tetapi media Umno memutar-belitkan (kata saya) tidak setuju kemudian tanya Mursyidul Am (Datuk Nik Aziz Nik Mat), Anwar tidak setuju..saya tidak pernah (tidak setuju)..

“Saya kata, Pakatan Rakyat berpandu kepada kenyataan Presiden PAS yang dibentang dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat. Kenyataan Majlis Syura merujuk kepada memberikan laluan penggunaan dengan beberapa syarat, tidak dibentangkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat. Saya hanya mengikut keputusan dan memperakui kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.



Bagaimanapun apabila ditanya apakah pendirian beliau mengenai keputusan Majlis Syura pada 13 Januari lalu, Anwar enggan menjawab. Sebaliknya beliau menuduh wartawan berkenaan sebagai wakil media Umno.

“Kalau Umno ambil berat betul pandangan Majlis Syura, maka saya cadangkan Majlis Tertinggi Umno akan datang teliti semua keputusan Majlis Syura,” katanya.

Tindakan Pakatan Rakyat “menghalalkan” penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam berpaksi kepada tuntutan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Beliau mahukan kalimah itu diguna dalam Bible Bahasa Malaysia di Semenanjung.

Pemerhati politik melihat keputusan Pakatan Rakyat pada 8 Januari bersetuju dengan tuntutan Guan Eng sebagai usaha pembangkang mencari sokongan di kalangan penganut Krisitian di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Kira-kira 40 peratus penduduk di Sarawak dan lebih 30 peratus di Sabah adalah penganut Kristian yang menjadi sasaran DAP dan PKR untuk memenangi pilihan raya umum ke 13.

Keputusan Majlis Syura Ulama PAS, jika didokong oleh Pakatan Rakyat, dilihat akan memberi kesan kepada cubaan pembangkang untuk memenangi dua negeri itu di samping meminggirkan sokongan Krisitian di Semenanjung.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini menegaskan Pakatan Rakyat terikat kepada persetujuan secara kolektif yang diputuskan dalam mesyuarat pimpinan pembangkang.

Justeru, PKR mengambil ketetapan untuk berpegang kepada pendirian yang diumumkan Hadi sekali gus menolak keputusan Majlis Syura, kata beliau.

Dalam pada itu, PAS menolak permintaan DAP yang mahukan parti itu memujuk Majlis Syuranya mengubah ketetapan mengenai penggunaan kalimah Allah supaya selaras dengan keputusan Pakatan Rakyat.

Pendirian Majlis Syura itu bermaksud Pakatan Rakyat kini menggunapakai dasar mengenai penggunaan kalimah Allah yang lain daripada ketetapan badan ulama tertinggi PAS. -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger