Revolusi #KL112: Stadium Merdeka Akan Menjadi 'Tahrir Square Malaysia'... Lucu Tau~!!


Jika dibandingkan gambar Tahrir Square (di atas) dengan dengan gambar HKR112/KL112 di Stadium Merdeka beberapa hari lepas tidak mustahil satu lagi REVOLUSI akan berlaku, malahan mungkin lebih hebat... sebab kat Tahrir Square takde la sampai demonstran berkumpul atas bumbung... hihikss~!! -MayaDeJendela

KL112 - superimposed

Nafikan usaha KL112 untuk memulakan revolusi — Anuar Mohd Nor
January 15, 2013

SEMUA kita juga mahukan perubahan. Mahu beredar dari satu kedudukan yang kurang kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna. Dalam pada itu apa yang perlu dilakukan adalah untuk tidak mengejar perubahan tetapi merosakkan yang ada sehingga memburukkan keadaan.

Persoalan yang menakutkan, adakah usaha untuk memulakan gerakan revolusi sedang diusahakan dan garis pengukur yang dilakukan adalah dengan melihat perkembangan KL112 — apa yang dipanggil Himpunan Rakyat. Adakah Himpunan Rakyat itu satu usaha untuk menanam benih-benih revolusi untuk menggulingkan kerajaan tidak secara demokratik? Adakah mereka yang menganjurkan Himpunan Rakyat itu menafikan bahawa mereka telah mula di selitkan dengan anjuran untuk mengadakan revolusi oleh kepimpinan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang? Ini amat membimbangkan kerana revolusi akan mula menghancurkan satu ketamadunan yang baru mula berkembang. Kesan kebaikan selepas revolusi belum tentu baik untuk rakyat.

Kita tidak dapat menafikan bahawa kehadiran mereka pada Himpunan Rakyat tidak boleh dipandang mudah. Kita tidak memerlukan seluruh rakyat Malaysia untuk melakukan revolusi — cukup dengan mereka yang hadir — yang berkomitmen untuk menganjurkan revolusi. Kehadiran mereka yang ramai dalam Himpunan Rakyat dikatakan melebihi 150,000 orang cukup kuat untuk memulakan revolusi. Mereka mahukan revolusi kerana melalui demokrasi masa yang agak panjang untuk mereka merampas Putrajaya. Pertempuran dalam demokrasi mungkin tidak dapat memenangkan mereka kerana langkah kerajaan memerintah sekarang yang melakukan transformasi politik yang agak berkesan.

Jalan seterusnya untuk mereka menang adalah dengan revolusi dan rampasan kuasa tidak melalui proses demokrasi. Proses revolusi ini juga akan menarik pengaruh luar untuk mengubah politik tanah air termasuk menggulingkan kerajaan yang ada.

Tolak usaha revolusi

Usaha mendapatkan kuasa melalui revolusi tidak akan menguntungkan kita rakyat Malaysia. Sekiranya perubahan kerajaan tidak dapat mengambil jadi melalui PRU langkah menuntut secara revolusi adalah pendekatan tidak bertanggungjawab pembangkang. Revolusi akan hanya mengundang malang dengan kuasa asing mencampuri urusan kita, merosakkan sistem yang ada dan mengganggu-gugat kestabilan ekonomi negara. Usaha mahu menganjurkan revolusi adalah tidak lebih dari satu pengkhianatan pada negara.

Kita perlu menolak usaha Pakatan Rakyat bersama NGO yang mereka bentuk untuk melakukan revolusi dalam negara ini. Kita tidak mahu dan sepatutnya tidak mengizinkan mereka melaungkan usaha revolusi dan menolak sebarang langkah ke arah revolusi itu. Kita perlu lebih teratur dalam usaha mencabar kuasa dan keghairahan mahukan kuasa.

Adakah tidak benar Pakatan Rakyat mahu menganjurkan revolusi sekiranya mereka perasan langkah kerajaan akhir-akhir ini menyebelahi rakyat dan ini kegusaran yang besar buat PR. Mereka akhirnya terpaksa untuk memulakan menanam benih revolusi untuk merealisasikan hasrat mereka. TMI
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger