Nik Aziz Dah Bosan Jadi MB, Nak Jadi PM Pula Lepas PRU13!! ANUwar??

KOTA BHARU - Pas Kelantan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memutuskan sama ada beliau mahu bertanding kerusi Parlimen atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti yang dihasratkan oleh kelab penyokongnya di Bachok.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, bertanding di mana-mana kerusi itu adalah pilihan diri beliau sendiri untuk membuat ketetapan walaupun ia menjadi hasrat rakyat bagi melihat Nik Aziz bertanding kerusi Parlimen nanti.

“Itu kita kena serahkan kepada Tok Guru (Nik Aziz) sendiri untuk putuskannya. Apa-apa beliau yang lebih tahu. Kita menerima keputusan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas hasrat Kelab Penyokong Setia Tok Guru Malaysia yang mahukan Nik Aziz bertanding di kerusi Parlimen untuk membolehkan beliau diangkat sebagai perdana menteri dalam kerajaan nanti jika Barisan Nasional tumpas pada PRU13.

Kenyataan Mohd Amar yang juga Adun Panchor itu, bukannya tidak menyokong hasrat kelab tersebut supaya Nik Aziz menjadi perdana menteri seterusnya tetapi katanya, ia adalah sebagai penghormatan kepada Mursyidul Am Pas itu untuk bersuara dalam perkara itu.

Tanpa menafikan pengalaman Nik Aziz sejak 22 tahun memerintah Kelantan, Mohd Amar juga berkata, bagaimanapun perkara itu juga akan diputuskan di peringkat kepimpinan teratas parti di samping kesediaan Nik Aziz sendiri.

Kelmarin, kira-kira 200 penduduk berhimpun di Bachok, bagi menyatakan hasrat agar Nik Aziz bertanding di kerusi Parlimen. SH
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger