Kereta Porsche Takkan Buat BN Sapu Bersih Di Perlis - Tuan Porsche

Baca berita awal DI SINI [KLIK!]


KUALA LUMPUR: PAS Perlis berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya mencatat kemenangan 100 peratus di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti mana didakwa Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Tegas Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin, perkara itu tidak mungkin berlaku dan pengumuman Md Isa itu hanyalah untuk menaikkan semangat jentera Umno-BN di negeri itu yang didakwa beliau 'bermasalah'.

"Apa yang saya nampak itulah sikap pimpinan BN yang diketuai Umno, setiap kali pilihan raya sapu bersih itu perkara lama bukan baru.

"Mereka dakwa mahu sapu bersih tapi hakikat dan sebenarnya, saya ni dah tiga penggal di Perlis ini. Itu cakap politik untuk naikkan semangat mereka.

"Cuma orang dah tahu apa yang berlaku dalam Umno dan BN terutamanya di Perlis mengenai perebutan dan sebagainya," katanya kepada Antarapos.

Baru-baru ini Md Isa yang juga Pengerusi BN Perlis berkata gabungan itu akan mencatat kemenangan 100 peratus di negeri itu.

Beliau berkata ini berdasarkan sokongan masyarakat terutama golongan muda yang memberangsangkan terhadap program anjuran BN dan parti komponen, terutama Umno.

Selain mengekalkan tiga kerusi Parlimen, Md Isa berkeyakinan untuk merampas kembali dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Simpang Empat dan Sanglang daripada PAS.

Selepas tiga penggal menjadi wakil rakyat dan lebih 21 tahun menjadi pemimpin utama PAS Perlis, Hashim berkata keretakan yang berlaku dalam Umno-BN memudahkan Pakatan Rakyat memenangi beberapa kerusi lagi.

"Tapi saya fikir ini menunjukkan keretakan dalam Umno begitu parah jadi oleh kerana itu sebagai pengerusi perhubungan menteri besar terpaksa kata begitu untuk menaikkan semangat ahli mereka.

"Kita ada sasaran tapi baik saya tidak cakap, kita sudah ada di mana kerusi yang cerah untuk menang...kita cuma hari sahaja sebenarnya," katanya.

DUN Perlis terdiri daripada 15 kawasan dan tiga kawasan Parlimen. Pada pilihan raya umum 2008, BN menang 13 kerusi dan PAS dua kerusi DUN. BN turut menyapu bersih semua kerusi Parlimen.

Haron Din mungkin kembali bertanding

Tambah Hashim, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkemungkinan besar akan bertanding semula pada pilihan raya umum akan datang. Jelas beliau, Haron telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Dia (Haron) dah dua kali bertanding dan insya-allah dia akan bertanding lagi kali ini

"Dia akan bertanding lagi kali ini, dia dah nyatakan persetujuan," jawab pemimpin veteran ini. antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger