Cabaran Amanda Pegang Watak Bintang Porno


SEBELUM ditawarkan watak Cosette dalam "Les Miserables", Amanda Seyfried telah pun sibuk dengan penggambaran filem biopik "Lovelace" yang berdasarkan kisah hidup seorang bintang lucah terkenal di era 70an bernama Linda Lovelace.

Sering dilihat memegang watak baik dalam kebanyakan filemnya sebelum ini, watak Linda Lovelace yang dimainkan Seyfried ternyata sebuah cabaran besar buatnya dalam bidang lakonan yang diceburi.

"Risikonya tinggi dan ramai orang memberitahu saya hal itu. Tetapi saya juga inginkan cabaran dan dan cabaran itulah yang membuatkan saya tertarik untuk membintangi filem tersebut," jelasnya.

"Wanita (Lovelace) ini memiliki sebuah cerita yang menyayat hati. Terdapat banyak perkara yang ramai tidak tahu. Orang hanya ada idea mengenai dia dan ianya tertumpu kepada satu dimensi sahaja."

Di bawah arahan Rob Epstein dan Jeffrey Friedman, sebahagian daripada "Lovelace" adalah berbentuk memoir bintang lucah itu, yang mana beliau mula menjadi terkenal setelah berlakon dalam filem lucah berjudul "Deep Throat" atas paksaan suaminya, Chuck Traynor sendiri.
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger