#SelangorZamanEdan - [Video] Janin 5 Bulan Ditanam Dalam Semak

Janin berusia lima bulan ditemui cuba ditanam seorang lelaki dalam semak berhampiran Taman Subang Mas, Subang Jaya, semalam.

Janin yang cukup sifat dipercayai lelaki itu ditemui 5.40 petang selepas seorang lelaki berusia 20-an memaklumkannya kepada anggota polis yang melalui tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, janin berkenaan yang dibungkus dalam kain ditanam seorang lelaki yang melarikan diri sebaik anggota polis tiba.

Katanya, polis mendapat maklumat daripada seorang lelaki berusia 20-an yang mengesyaki seorang lelaki menanam sesuatu dipercayai bayi dalam semak.

“Hasil siasatan forensik mendapati janin berkenaan baru ditanam di kawasan itu,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, janin berkenaan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger