Rakyat Harap BN Kembali Mentadbir Pulau Pinang



PULAU PINANG: Rakyat Pulau Pinang sentiasa mengharapkan Barisan Nasional (BN) untuk kembali memerintah negeri sekaligus membela nasib orang Melayu yang kian terpinggir, sejak dikuasai Pakatan Rakyat pada 2008.

Bagi Pensyarah Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM), Hamzah Sidek, 61, berkata beliau yang mewakili penduduk Pulau Pinang yang lain sudah muak dengan segala janji politik yang ditawarkan kerajaan negeri selama empat tahun.

Katanya, pelbagai gula-gula politik yang diberikan termasuklah mahu menghapuskan kemiskinan di negeri itu melalui bantuan yang diberikan kepada rakyat.

Malangnya Hamzah menjelaskan perkara sebaliknya pula yang berlaku apabila kos hidup di negeri itu semakin meningkat dan kini dilihat semakin tidak munasabah.

"Sebelum ini DAP sebelum memerintah Pulau Pinang berjanji akan menghapuskan kemiskinan, tetapi sebenarnya sebaliknya yang berlaku, parti itu menghalau semua golongan perpendapatan rendah dari negeri ini.

"Rakyat tempatan Pulau Pinang tidak ada kediaman di kampung halaman sendiri kerana tidak mampu dengan kos hidup yang semakin menekan.

"Rakyat Pulau Pinang harus sedar bahawa kita semua sedang ditipu oleh Pakatan Rakyat," ujarnya.

Bagi seorang peniaga, Azlina Wahab, 36, mula menyedari sejak negara mencapai kemerdekaan, tiada parti lain yang mampu membela nasib rakyat dengan baik, kecuali Umno Barisan Nasional.

Azlina kemudiannya berkata beliau sentiasa menyokong Umno BN agar berupaya merampas kembali Pulau Pinang daripada cengkaman Pakatan Rakyat.

"Mudah-mudahan BN akan dapat kembali memerintah di PP kerana hanya parti itu sahaja yang dapat membela nasib kesemua rakyat berbilang kaum,"

Sementara bagi Ismail Ibrahim, 55, yang bekerja sendiri, ketika ditemui krew Antarapos mengakui, beliau serik dengan pemerintahan DAP empat tahun kebelakang.

Ismail memberitahu pemimpin DAP yang mengepalai pemerintahan di negeri itu seringkali memberi alasan kepada rakyat ketika mereka menuntut janji yang sepatutnya dilaksanakan.

Beliau juga menyeru kepada semua rakyat di Pulau Pinang agar tidak mengulangi kesilapan memilih kerajaan yang benar-benar mampu memberikan kemudahan kepada rakyat.

"Daripada pembangkang asyik memberi bermacam-macam helah saya harap rakyat di sini pandai memilih kerajaan yang sesuai untuk rakyat pada pilihan raya akan datang," tegasnya.

Rakyat marhaen Pulau Pinang seringkali mengeluh apabila parti DAP dengan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dilihat menukar negeri itu menjadi penempatan untuk golongan elit dan menafikan rumah murah atau mampu milik kepada rakyat.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George ketika mendedahkan hasil kaji selidik yang dijalankan oleh pertubuhan itu mendakwa generasi akan datang tidak mempunyai masa depan cerah jika DAP terus memerintah.

Menurutnya, rakyat berpendapatan rendah di negeri ini mula merasakan mereka kian dibebani dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Katanya, rakyat berpendapatan rendah khususnya di bahagian pulau bimbang mereka suatu hari nanti akan dihalau berikutan projek kediaman mewah yang semakin bercambah, seolah-olah tiada kawalan daripada kerajaan negeri. -antarapos
Share this post :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
15 Disember 2012 1:17 PG

Macai

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger