Mangsa Rogol Beramai-ramai Meninggal Dunia Di Singapura


SINGAPURA: Wanita India yang menjadi mangsa beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi sehingga mencetuskan tunjuk perasaaan di jalanan, meninggal dunia hari ini di hospital Singapura selepas mengalami kerosakan organ yang teruk, termasuk otak.

Pihak berkuasa di India dilaporkan sudah bersiap sedia kemungkinan berita kematiannya itu membawa protes dan keganasan yang lebih besar dengan polis pencegah rusuhan mula ditempatkan di ibu negara itu. Wanita berusia 23 tahun itu diterbangkan ke Singapura kelmarin selepas diserang lima lelaki dalam sebuah bas yang dinaikinya pada 16 Disember lalu.

Mangsa dilaporkan dirogol dan dipukul dengan batang keluli sebelum dicampakkan keluar dari kenderaan itu.

Beberapa pengamal perubatan mengkritik mengenai keputusan memindahkan rawatan mangsa ke luar negara.

“Kami amat sedih apabila menerima berita bahawa mangsa meninggal dunia jam 4.45 pagi waktu tempatan hari ini," kata Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Mount Elizabeth Hospital, dalam satu kenyataan hari ini. - AFP
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger