Wan Azizah Harapkan Hikmah Dengan Budaya Politik Samseng PKR


Sebelum baca statement Wan Azizah kita tengok dulu video di bawah, parti politik mana yang sebenarnya samseng....



Budaya 'politik samseng': Pasti ada hikmah - Wan Azizah

Pemimpin mana-mana parti dan rakyat di negara ini seharusnya sudah mencapai tahap kematangan dalam berpolitik dan bukannya terjerumus ke kancah politik ganas hanya semata-mata mahu meraih keuntungan dalam arena berkenaan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebagai sebuah negara demokrasi yang sudah mengecapi kemerdekaan puluhan tahun lamanya, politik ganas yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini hanya meletakkan negara di kedudukan terkebelakang dalam pemikiran.

"Jika mahu politik ganas yang baling batu, baling cat, serang peribadi dan pelbagai lagi, maka politik ini hanya memundurkan pemikiran negara.

"Negara kita juga meletakkan Islam sebagai agama rasmi, jadi politik ganas ini bukanlah cara kita dan budaya Melayu,"katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian.

PKR antara parti yang berhadapan dengan budaya politik 'samseng' apabila bas yang dilancarkan parti itu bagi menggerakkan Jelajah Merdeka Rakyat diserang dan disimbah cat.

Bas yang turut membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disimbah dengan cat merah dan cerminnya dipecahkan ketika siri kempen parti itu di Kelantan.

Malah perkara sama turut berlaku di Melaka.

Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh Semenanjung ini dikatakan bertujuan untuk mendekati dan menyampaikan mesej kepada rakyat agar memberi peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengubah Kerajaan Pusat.

PKR sebelum ini mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh 'samseng upahan'.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan dalam berkempen, parti itu menganggapnya "sebagai ujian kepada kami dan ada hikmahnya."

"Di bas jelajah kami, selepas pertama kali terkena cat, kami bersihkan, tetapi selepas kali kedua berlaku, kami tidak bersihkan. Kami cuma bersihkan di bahagian pemandu sahaja kerana tidak mahu halang pemanduan. Kami jadikan kesan cat ini sebagai perhiasan,"katanya.

Menurut isteri kepada Ketua Umum PKR itu lagi, bagi mengelakkan budaya politik ganas daripada terus menular di negara ini, parti itu menasihati penyokongnya supaya "jika ada provokasi, jangan lawan balik, biarkan sahaja kerana apa pun berlaku, kami sering didakwa yang memulakan provokasi,"tambah beliau lagi. -SH
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger