Utusan/TV3 atau @N_Izzah Sebenarnya ANAK B@BI??


Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar stesen TV3 dan akhbar Utusan Malaysia sebagai pandykutti (anak babi) semata-mata mahu menyelamatkan anaknya, Nurul Izzah daripada terus dicemuh bersabit kenyataannya mengenai kebebasan memilih agama, adalah tindakan yang tidak profesional.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr. Ismail Sualman berkata tindakan luar jangka Anwar itu didorong oleh faktor kronisme dan nepotisme yang menebal dalam dirinya sehingga beliau lupa dirinya adalah seorang pemimpin, yang sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat.

“Kenyataan itu hanyalah satu kenyataan menyelamatkan anak dia. Bagi saya itulah masalah yang timbul jika kronisme dan nepotisme berlaku iaitu kita tidak boleh ambil tindakan kepada anak sendiri.

“Jadi saya rasa kenyataan yang menyalahkan orang lain sedangkan permasalahan sebenar tidak diambil perhatian adalah tindakan yang saya rasa tidak profesional. Sebagai seorang pemimpin sepatutnya beliau menasihati ataupun membuat sesuatu,” kata pensyarah di Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) itu.

Anwar sekali lagi menggunakan ungkapan pandykutti (anak babi), kali ini terhadap Utusan Malaysia dan TV3 yang dituduh oleh beliau sebagai sengaja menfitnah anaknya.

“Saya melihat tindakan Anwar Ibrahim meremehkan perkara ini dengan menyatakan pandykutti itu sebagai satu escapism iaitu melarikan kisah-kisah itu dan menceritakan hal yang lain.

“Dia tidak mahu mengatakan tentang kesilapan dalam kepimpinan apatah lagi anak dia yang melakukan kesilapan itu tetapi menuduh dan menuding orang lain.

“Itulah sebenarnya yang berlaku dalam Pakatan Rakyat..dia tidak mahu menerima hakikat sedangkan ini bukan isu kecil, ini isu agama, soal yang boleh melibatkan persoalan undang-undang.



Sebelum ini Ahli Parlimen Permatang Pauh dikecam apabila menggunakan ungkapan menghina dalam bahasa Tamil ketika mengutuk pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Umum mengetahui, Anwar berbuat demikian setelah Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyatakan pandangannya bahawa kebebasan memilih agama sepatutnya sama rata dan tidak terpakai untuk golongan bukan Islam semata-mata.

Kenyataan Izzah itu mengundang kritikan banyak pihak termasuk dari kalangan pemimpin PAS sendiri.

Izzah kemudiannya menukar nada dan mengugut untuk menyaman mana-mana pihak yang dakwanya memutarbelitkan kenyataannya.

Bagaimanapun, Ismail ketika dihubungi Antarapos berkata, setelah meneliti rakaman video forum anjuran pergerakan Kristian itu berkali-kali, beliau mendapati tidak ada cara lain bagi Izzah memulihkan keadaan, selain menarik semula kenyataannya itu.

“Saya berkali-kali melihat (video) bahawa dia tidak ada cara lain untuk menarik balik sebab kenyataan itu jelas seolah-olah dia mengatakan tentang liberalisme agama iaitu sesiapa pun berhak untuk memilih agama sedangkan dalam Islam terutamanya orang Melayu, itu adalah sangat bertentangan.

“Sedangkan isu murtad yang sedia ada belum selesai, dia (Izzah) buat kenyataan sebagai seorang pemimpin saya rasa dia hanya menggalakkan untuk murtad,” ujar Ismail. -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger