UMNO MURTAD: Nik Aziz Dah Anggap Dirinya Nabi...


Jika orang PAS terima 'fatwa' terbaru Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa "UMNO buang Islam" aka murtad, banyak implikasinya dalam kehidupan sehari-harian kita semua.

Tuduhan murtad merupakan tuduhan yang berat kerana hukum kepada murtad adalah hukum bunuh berdasarkan hudud.

Menteri Besar Kelantan itu menggelarkan UMNO murtad semata-mata untuk menyokong doa membinasakan UMNO/BN oleh adiknya semasa solat hajat di sebuah stadium di Kota Bharu 16 November lalu.

Dalam sidang media selepas Muktamar PAS petang Ahad, kata Nik Aziz, PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu.

“Bila UMNO buang Islam, maka UMNO agama apa? Saya ulang lagi sekali, bila UMNO tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka agama apa yang UMNO pakai? Bila UMNO tolak Islam dalam dasar parti dia, maka UMNO sama ada Kristian kah, Buddha kah atau tidak ada agama?.

“Timbul masalah murtad...orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam...Umno menolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam,” kata.

“(Jadi) tak salah lah,” kata beliau.

Sebelum itu adiknya, Nik Razi Nik Mat memimpin solat hajat memohon bala Allah bagi menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional.

Doa Nik Razi begini "Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.

"Kalau kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13,".

Nik Aziz mendakwa UMNO menolak Islam dan justeru PAS berhak untuk mengadakan sembahayang hajat sedemikian.

“Bila Umno tolak Islam, tak kan nak biar?,” kata beliau.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini melabelkan Umno sebagai khurafat dan mendakwa ideologi nasionalisma parti itu bercanggah dengan Islam.

Nik Aziz tidak menjelaskan langsung di mana yang kata UMNO itu menolak Islam?

Apakah kerana UMNO tidak guna nama parti Islam yang didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) maka UMNO menolak Islam?

Nik Aziz perlu sedar bahawa PAS hanya parti Islam kerana parti itu berdaftar dengan ROS sebagai parti Islam. Belum tentu parti yang nama Islam melaksanakan Islam.

UMNO daftar atas nama parti kebangsaan, tetapi Islam di negara ini wujud dalam sistem pentadbiran kerana Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa agama negara adalah Islam.

Agama Negara yang dimaksudkan dalam Perlembagaan itu adalah idealogi Malaysia. Bukan agama rasmi Malaysia Islam, ia lebih besra dari agama rasmi, ia agama negara.

Kita lihat bagaimana penghayatan Islam di Malaysia ini, yang dikagumi oleh negara-negara majoriti umat Islam lain.

UMNO memilih untuk melaksanakan Islam secara inklusif, yang penting isi bukan label.

Sedangkan PAS hanya mewar-warkan bahawa perjuaagannya perjuangan Islam, label sahaja, PAS kutip derma atas nama Islam, mendapat sokongan politik atas nama Islam.

Satu ketika dulu, PAS tuduh UMNO kafir, isu tersebut menjadi perbahasan panas, sehingga ada masjid yang sembayang dua imam. Tetapi atas campurtangan Raja-Raja Melayu juga dakwah berterusan, akhirnya PAS mengaku mereka salah.

Kini Nik Aziz kembali dengan tuduhan yang lebih berat... Sejak bila beliau mempunyai 'lesen besar' untuk senang-senang menghukum orang lain murtad hanya kerana berbeza pandangan politik? - HELME HANAFI/agendadaily
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger