PAS Lebih Taksub Kepada PRU, Abaikan ISLAM...


PAS hanya menjaga kepentingan politik bersama Pakatan Rakyat berbanding maruah Islam dan masyarakat Melayu, kata penganalisis politik Dr Ismail Sualman.

Menurut beliau, parti Islam itu seolah-olah terlalu taksub dengan kemenangan pilihan raya sehingga sanggup mengenepikan hal berkaitan agama yang sepatutnya menjadi tunjang perjuangan parti itu.

Ismail mengulas mengenai keengganan parti itu untuk berbincang di Muktamar PAS ke-58 berhubung kenyataan kontroversi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang didakwa mengelirukan umat Islam dalam aspek terjemahan kebebasan beragama.

"Oleh kerana terlalu taksub dengan pilihan raya, hingga isu yang menjadi liabiliti kepada Pakatan, dia sanggup ketepikan hal ini. Sedangkan sepatutnya sebagai rakan, soal agama sepatutnya PAS perlu ambil kira dan membincangkan perkara ini," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Dewan Ulama PAS Pusat sebelum ini menyifatkan kenyataan Nurul Izzah itu sebagai perkara kecil dan remeh serta tidak perlu dibahaskan dalam Muktamar PAS yang berlangsung di Kelantan ketika ini.

Ketuanya, Datuk Harun Taib dalam pada itu berkata anak Ketua Umum PKR itu tidak perlu bertaubat kerana kenyataannya itu bukan kesalahan besar.

Malah Harun turut dilaporkan menasihati Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar bertaubat kerana tidak menyokong perjuangan Islam.



Kenyataan itu susulan gesaan Harussani meminta supaya Nurul Izzah bertaubat kerana didakwa mengelirukan ramai pihak terutamanya masyarakat Melayu berdasarkan kenyataan beliau ketika menjadi panel forum gerakan Kristian di Subang Jaya minggu lalu.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada semalam bertitah agar rakyat di Selangor terutamanya menolak ahli politik yang mentafsir Al-Quran untuk memancing undi.

Baginda menegaskan kekeliruan akan timbul sekiranya pihak yang tidak berilmu menterjemah hukum Allah mengikut selera masing-masing sehingga menyimpang daripada makna sebenar dan merosakkan akidah umat Islam.

"Beta dapati kesucian Islam telah dinodai apabila hukum hakam agama dan tafsiran Al-Quran telah sewenang-wenangnya menjadi modal politik bagi meraih sokongan."

Dalam pada itu, Ismail berasa kesal dengan tindakan Harun yang membidas gesaan Harussani agar Nurul Izzah bertaubat walahal secara jelas mengetahui kenyataan itu telah menimbulkan keraguan tentang kedaulatan agama Islam.

Sambil menyifatkan tindakan Harun sebagai "pelik", Ismail berkata PAS memandang remeh perkara yang melibatkan agama selain menganggap ianya modal politik Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak faham mengapa Datuk Harun Taib pula membidas Tan Sri Harussani bertaubat kerana beliau meminta Nurul Izzah bertaubat, tapi dalam masa yang sama Datuk Harun juga meminta Harussani bertaubat sekiranya tidak menyokong perjuangan PAS.

"Ini satu kenyataan yang semakin hari semakin pelik kerana mereka tidak lihat isu ini dalam bentuk agama tapi melihat isu ini sebagai isu politik.

"Kalau kawan-kawan sendiri yang buat masalah, mereka akan diam. Tapi kalau Umno yang buat kesalahan, mereka akan cari sampai lubang cacing," katanya. -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger