Minta Maaf Saja @N_Izzah... Tak Perlu Lagi Berdolak Dalik


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan meminta supaya naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar tidak lagi berdolak-dalik berhubung kenyataan kontroversi dalam satu forum baru-baru ini.

Beliau berkata semua bahan bukti seperti rakaman video dan transkripsi ucapan dalam forum itu sudah ada disiarkan dalam internet termasuk di Youtube.

Katanya, anggota parlimen Lembah Pantai itu juga tidak perlu memesongkan perhatian orang ramai dengan menyaman akhbar lain dan mendakwa apa yang dilaporkan akhbar itu tidak benar.

"Segalanya jelas, kenapa perlu dia (Nurul Izzah) menafikannya. Kalau dah tersalah cakap, minta maaf, jangan hendak menyalahkan segalanya salah UMNO, salah Utusan, salah akhbar.

"Kalau dah salah tu, nyatakan salah dan tarik balik. Betulkan kembali, bertaubat dan mohon maaf secara terbuka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama penceramah-penceramah UMNO di sini, Jumaat.



Siri Ceramah Penerangan Isu Semasa Akan Diadakan Di Seluruh Negara

Penerangan UMNO Malaysia akan mengadakan siri-siri ceramah di segenap pelusuk negeri bermula pada minggu depan bagi memperjelaskan isu-isu semasa kepada rakyat di peringkat akar umbi khususnya dalam menangkis dakyah dan fitnah pembangkang terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, dengan program ini, UMNO akan kembali kepada tradisi dengan mengadakan program-program ceramah di peringkat bahagian dan cawangan UMNO, di mana penjelasan terhadap beberapa isu, serta penerangan program pelan tranformasi kerajaan di bawah gagasan 1Malaysia yang dapat disampaikan kepada masyarakat akar umbi dengan lebih berkesan.

"Program ini akan diadakan secara berterusan, mungkin secara mingguan sehinggalah tibanya PRU yang ke 13 nanti. Sebelum ini, kita telah mengadakan pelbagai program seperti majlis penerangan perdana peringkat negeri, bahagian dan program juara rakyat selama dua tahun.

"Kita juga mengadakan program di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di setiap pelusuk negeri. Kemudian, kita juga telah adakan program jelajah program pemahaman wasatiyah di mana ia dijalankan di semua negeri pada bulan Julai dan Ogos yang lalu.

"Selain itu, kita juga ada buat tinjauan mesra penerangan seperti di stesen-stesen bas, LRT dan kampung-kampung," beritahu beliau ketika mengadakan sidang media di PWTC hari ini.

Jelas beliau lagi, ini merupakan tugas jentera penerangan UMNO untuk menjelaskan di peringkat akar umbi terutamanya tentang isu-isu besar yang ditimbulkan oleh pembangkang agar rakyat mendapat gambaran sebenar dan tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah pembangkang.

"Sebagai contoh, sepertimana isu kenyataan Nurul Izzah baru-baru ini tentang hak kebebasan beragama bagi orang Melayu yang bagi saya, ia merupakan satu perkara yang amat berat dan dahsyat apatah lagi kenyataan tersebut keluar daripada kepimpinan tertinggi PKR. -umno-online
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger