Doa 'KO UMNO/BN' Boleh Bawa Perpecahan Lebih Dasyat...


Tindakan Pas mengadakan solat hajat dan doa supaya Umno dihancurkan boleh menyebabkan perpecahan lebih dahsyat antara umat Islam di negara ini, kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini berkata, tindakan Pas itu lahir daripada pemikiran sempit dan dikhuatiri akan dicontohi anggota parti yang taksub dan mengamalkannya di tempat masing-masing.

"Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindungi dan dipertahankan," kata beliau yang juga Presiden Jalur Tiga dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Pas yang mengadakan solat hajat dan berdoa - 'KO BN' supaya Umno dan BN hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang itu.

Hasan turut bimbang akhlak yang ditunjukkan pemimpin Pas yang bergelar ulama itu dicontohi generasi muda Muslim dan generasi akan datang dan membawa kesan buruk berganda kepada umat Islam di negara ini.

PAS patut sedar kemenangan mereka pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 didokong bukan sahaja oleh anggota mereka, tetapi atas sebab-sebab tertentu, oleh penyokong dan anggota Umno, katanya. -SH


Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger