[Video] Banglo Runtuh Di Shah Alam: Seorang Terbunuh, 3 Masih Terperangkap


SHAH ALAM: Seorang pekerja binaan warga Indonesia maut manakala 3 lagi masih terperangkap selepas bumbung rumah banglo yang sedang diubah suai, runtuh di Seksyen 7 di sini, petang tadi.

Mayat pertama pekerja warga Indonesia itu dikeluarkan pada jam 6.37 petang tadi.

Sementara itu, tiga daripada tujuh mangsa yang terperangkap dalam kejadian jam 4.30 petang tadi berjaya diselamatkan.

Ketiga-tiga mereka yang difahamkan berasal dari Indonesia, dihantar ke hospital di Klang untuk rawatan lanjut.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya.

Beliau yang pada mulanya menyangka ianya tidak serius bergegas menghubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), apabila melihat bumbung rumah tersebut runtuh.



Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger