Media Alternatif Beri Impak Besar Bantah Filem Hina Rasulullah! -@TunFaisal

tun-faisal-ismail-aziz-umb-pemuda-umno

Filem Innocent of Muslim yang menghina Rasulullah telah menimbulkan kemarahan serta menyentuh sensitiviti umat Islam diseluruh dunia sehingga mencetuskan rusuhan serta bantahan secara global.

Bantahan yang dilaksanakan oleh penganut agama Islam yang menyanjung ketinggian pekerti serta perjuangan utusan terakhir itu turut dimainkan oleh media baru.

Pengerusi BN Youth Cyber Team, Tun Faisal Ismail Aziz turut mendakwa media alternatif juga turut memberikan impak besar dalam bantahan filem tersebut sehingga membantu usaha penyebaran maklumat mengenai bantahan filem provokasi itu.

"Itu membantu. Generasi muda tidak lagi bergantung pada berita jam 8 dan surat khabar. Jadi bila kita sebarkan melalui twitter dan gerakkan kempen ini melalui Facebook dan sebagainya, benda ini sebenarnya memberi kesedaran kepada mereka," katanya ketika ditemui Antarapos pada Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran beliau dan Majlis Belia kawasan Putrajaya.

Tun Faisal juga menyifatkan penerbit filem tersebut sengaja berbuat demikian bagi mencetuskan provokasi dengan membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

"Saya tidak rasa filem ini dibuat untuk 'blockbuster', tetapi hanya satu filem yang dibuat untuk provokasi umat Islam.



Malah, Tun Faisal turut menempelak beberapa enjin carian seperti Google dan Youtube kerana tidak sensitif kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana ia masih belum membuang klip filem "Innocence of Islam" daripada senarainya.

"Dalam media baru, jika dilihat jumlah 'dislike' dilaman sosial Facebook Cyber troopers Umno, memang ada komen dan menyatakan ianya menyentuh sensitiviti, tetapi malangnya Google dan YouTube masih mengekalkan filem itu.

"Ini menunjukkan bahawa polisi mereka tidak sensitif. Keterbukaan boleh, tetapi unsur provokasi seperti ini untuk menyakiti orang lain adalah polisi yang tidak kena," tambahnya.

Namun maklumat terbaru yang dilaporkan AntaraPos, Google telah bersetuju untuk menarik balik carian maklumat mengenai filem tersebut bagi menghormati sensitiviti sesetengah negara.

Sebelum ini bantahan berkaitan filem menghina Nabi Muhammad ini telah digerakkan di seluruh dunia. Malah, rakyat Malaysia turut sama mengadakan bantahan di setiap negeri bagi menentang penghinaan terhadap Rasul kesayangan mereka.

Filem itu dikutuk oleh umat Islam dan Gereja Kristian Ortodoks Koptik sebagai "sebuah filem yang bersifat menghasut" manakala Majlis Gereja-gereja Sedunia berkata filem itu 'satu penghinaan kepada agama Islam". -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger