Keputusan #PRKampus: Rating #UM Jatuh Sebab NC @GhauthJasmon Tak Pandai Mengira??

BERNAMA mencemar wibawa sebagai sebuah agensi berita nasional paling ulung bila tidak meyelidiki dengan lebih terperinci kenyataan yang dipetik dari Naib Canselor UM, Tan Sri Dr Ghauth Jasmon berkaitan keputusan pilihanraya kampus Universiti Malaya.


Sememangnya kita tahu belum ada pengumuman rasmi tentang keputusan PRK UM tapi apa yang dinyatakan oleh NC dan dilaporkan oleh BERNAMA nyata bercanggahan dengan keputusan yang dipetik dari media lain seperti UTUSAN (klik sini) dan MSTAR ONLINE (klik sini).

Menurut perkiraan NC, Penggerak #AspirasiMahasiswa kalah dengan hanya memperolehi 17 kerusi, 22 kerusi dimenangi oleh ProM dan 2 lagi calon bebas. Sedangkan beliau menyatakan jumlah kerusi keseluruhan adalah 43.

Menurut sifir yang mudah:
22 + 17 + 2 = 41 kerusi
bukan 43 kerusi
mana perginya 2 kerusi lagi???

UTUSAN & MSTAR memberi figura yang lebih tepat berdasarkan keputusan tak rasmi yang boleh didapati DI SINI (klik!).

19 kerusi dimenangi Penggerak, 20 kerusi dimenangi Pro-M dan 2 kerusi dimenangi calon bebas. Dua kerusi lagi berkemungkinan akan diadakan undian semula kerana seri. Kemenangan Penggerak & Pro-M berdasarkan spekulasi 2 calon bebas memasuki kem mereka.

Laporan BERNAMA cuma dipetik oleh portal berita pembangkang, THE MALAYSIAN INSIDER (klik!) untuk dijadikan alat propaganda mereka.

NC Universiti Malaya silap perkiraan atau ada agenda tersembunyi bila mengumumkan kemenangan kepada Pro-M bila keputusan rasmi belum lagi diumumkan??

.
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger