Bodyguard Anwar Acu Pistol - Kertas Siasatan Siap Minggu Ini - @PDRMsia


Kertas siasatan berhubung kejadian pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilapor mengacukan pistol ke arah orang awam pada majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampung Baru Rim di sini Sabtu lepas dijangka siap minggu ini.
Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata ia kemudian akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk diteliti bagi proses seterusnya.
Beliau berkata pada masa ini, polis masih menjalankan siasatan termasuk meneliti video berdurasi kira-kira empat minit yang diterima polis daripada seorang pegawai media siber tempatan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jasin.
"Polis juga telah merekod keterangan beberapa saksi yang tampil menyerahkan bukti kejadian itu dan kertas siasatan dijangka siap dalam minggu ini sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya minggu depan untuk diteliti," katanya dipetik dari Bernama.
Beliau berkata kertas siasatan tersebut turut melibatkan insiden bas dinaiki ketua pembangkang dan penyokongnya yang disimbah cat merah dan dilempar beberapa botol air ketika tiba di lokasi tersebut.-11/9/2012

Polis terima rakaman video insiden acu pistol pengawal peribadi Anwar
Polis Melaka pada Isnin menerima satu rakaman video memaparkan insiden mengacukan pistol ke arah orang awam oleh individu dipercayai pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampung Baru Rim, Sabtu lepas.
Bernama melaporkan rakaman berdurasi kira-kira empat minit milik seorang pegawai media siber tempatan itu diserahkan pada pukul 6 petang di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jasin di sini.
Lelaki berusia 29 tahun itu yang ditemui di IPD selepas menyerahkan rakaman video itu, berkata rakaman tersebut diserahkan bagi membantu pihak polis menyelesaikan siasatan berhubung insiden tersebut.
"Ini kerana perbuatan (acu pistol) itu mendatangkan ancaman kepada orang ramai di tempat kejadian," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi mengesahkan menerima rakaman tersebut.
Katanya, polis akan meneliti rakaman itu untuk siasatan dan mungkin akan memanggil pembangkang bagi membantu siasatan sekiranya perlu.
"Anwar berada di dalam bas ketika kejadian dan tidak pasti sama ada beliau nampak kejadian itu atau sebaliknya, namun ia terserah pada pegawai penyiasat sama ada perlu memanggil beliau atau tidak," katanya.-10/9/2012

Ini sudah lain cerita…pengawal peribadi Anwar main acu pistol
Belum habis hangat pasal kes biadap di himpunan Janji Bersih…kisah bas Jelajah Merdeka Rakyat yang pusing keliling satu semenanjung pun ‘ sama naik’.Sabtu lalu heboh pasal dakwa kecah pecah cermin dan disimbah cat merah.
Genap seminggu Sabtu semalam dah  timbul pula kes pengawal peribadi Ketua Umum PKR itu didakwa acu pistol kepada sekumpulan orangramai yang berdemo memprotes kehadiran rombongan pembangkang itu di tempat mereka.
Kejadian berlaku di  Kampung Baru Rim, Jasin sekitar jam 3.30 petang.
Kalau sudah main keluar pistol apa lagi acu pada orangramai ini sudah lain ceritanya.
Betulkah begitu?
gambarlagi


Penduduk kawasan itu hanya demontrasi biasa dengan bawa banner, tiada provokasi lain, tetapi dalam video yang kini tersebar di laman-laman blog dan youtube, jelas kelihatan seorang individu mengacukan pistol kepada orang ramai dari sebuah kereta hitam jenis Toyota Camry.
Ketua Angkatan Muda Keadilan , Shamsul Iskandar Mohd Akin dlam reaksinya berkata bahawa tiada kejadian acu pistol seperti didakwa.
Shamsul berkata pengawal yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan Anwar tidak mengacukan senjata tersebut ke arah orang ramai sebagaimana dilaporkan beberapa media hari ini.
"Pengawal yang ditugaskan tidak mengacu senjata api terhadap orang ramai.
“Sebaliknya, apa yang dilakukan adalah mengeluarkan senjata api dan menghalakan muncung pistol  ke tanah, di bawah paras pinggang," kata beliau yang juga Ketua PKR Jasin.
Tambah beliau, tindakan yang dilakukan oleh pengawal terbabit mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), yang akan dilakukan oleh mana-mana pengawal keselamatan untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya beredar dan tiada gangguan ke atas pihak yang dijaganya, dalam kes ini Anwar.
Namun kini sudah tersebar luas  gambar dan video yang terang-terang tunjuk gambar seorang pengawal peribadi  Anwar mengacukan pistol kepada orang ramai.

Bagi yang tengok video tersebut, pelik sebab tidak nampak Anwar berada dalam kereta itu, sebaliknya hanya nampak individu terbabit sahaja.

Dan timbul persoalan, apa ancaman yang dibuat, sampai perlu tunjuk pistol?
Mengulas kejadian tersebut, blogger terkenal Datuk Akhirudin Atan AKA Rocky Bru menyifatkan kejadian tersebut menakutkan orang ramai dan boleh bertukar menjadi sesuatu yang amat menakutkan.
"Perkara tersebut sangat salah, seseorang mungkin boleh cedera parah," katanya dalam posting terbaru di blog beliau.
Menceritakan pengalamannya sebagai wartawan selama puluhan tahun, kata Rocky, beliau berkawan dengan beberapa orang pengawal peribadi sepanjang tempoh tersebut dan tidak pernah melihat mereka menarik senjata.
"Mereka hanya akan berbuat demikian jika 'bos' mereka dalam bahaya, adakah Anwar dalam keadaan amat bahaya ketika kejadian itu berlaku?" soal beliau.
Dalam kejadian itu, pengawal Anwar tersebut dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke majlis ceramah di kampung tersebut.
Marah dengan perbuatannya, orang ramai yang berada berhampiran tapak program Jelajah Merdeka Rakyat, menyerbu ke arah lelaki itu sehingga keadaan menjadi kecoh.
Beberapa anggota polis yang berkawal di tempat kejadian pantas menyuraikan kekecohan sebelum menahan dan membawa lelaki itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).
Berikutan itu laporan polis dibuat Pemuda UMNO dan Belia 4B Jasin jam 6.30 petang di IPD berkenaan.
Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Jasin, Zaidi Attan dan Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Jasin, Zulkifli Kalil.
Pemimpin belia 4B Jasin yang diacukan pistol, berkata beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau provokasi.
“Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah.
gambarpolistrahan

"Namun, secara tiba-tiba pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk' (jika berani).
"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar," katanya.
Sementara itu, Polis Melaka dalam kenyataannya pada Ahad berkata pihaknya sudah membebaskan pengawal peribadi Anwar itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata lelaki berusia 37 tahun  yang juga ketua pengawal peribadi ketua pembangkang itu dibebaskan jam 9 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Jasin.
Beliau berkata, lelaki berkenaan ditahan dan disiasat berhubung lima laporan polis mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ugutan secara jenayah yang boleh menyebabkan kematian atau cedera parah antara jam 3.30 petang dan 4 petang semalam.
"Namun dia dibebaskan dengan jaminan polis selepas kami merakam percakapannya dan berpuas hati dengan keterangan yang  diberi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka Ahad.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai lesen senjata api yang sah dan hasil keterangannya mendapati tindakannya itu tidak mengancam sesiapa, sebaliknya hanya menjalankan tugas sebagai pengawal peribadi.
Bagaimanapun, Raja Shahrom berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut melalui rakaman video atau gambar yang dirakam orang awam seperti yang dilapor sebuah akhbar tempatan hari ini.
Raja Shahrom berkata, polis turut menyiasat laporan berhubung dakwaan bas yang dinaiki Anwar dan penyokongnya disimbah  cat merah serta dilontar beberapa botol air minuman ketika tiba di lokasi kejadian.
Dalam perkembangannya sama, empunya diri, Anwar Ibrahim menyerahkan isu tersebut untuk siasatan polis.
Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut. -9/9/2012  OLEH HELME HANAFI/agendadaily
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger