16 September - Hari Malaysia & Hari Memperingati Pembohong No.1 Di Malaysia


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengajak rakyat Malaysia untuk memperingati hari Bersejarah 16 september sebagai lambang perpaduan rakyat 1Malaysia, dan dalam masa sama, memperingati tarikh ini sebagai tarikh 'Hari Pembohongan Anwar Ibrahim'.


Ujarnya, tema Hari Malaysia tahun ini ialah `Janji Ditepati, Rakyat Sejahtera', sebagaimana Hari Merdeka ke-55 tahun, satu tema yang amat tepat kerana selama 55 tahun Malaysia merdeka, dan sempena 49 tahun Hari Malaysia ini, membuktikan bahawa janji-janji Barisan Nasional (BN) telah ditepati iaitu membangunkan negara dengan jayanya.

"Apa yang kita lakukan ini adalah untuk rakyat, 'Janji Ditepati Rakyat Sejahtera' yang akan dilangsungkan di Bintulu 16 September nanti, merupakan satu tema yang amat sesuai, dan pembangkang sekali lagi tidak bersetuju, kalau '55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' mereka tak bersetuju, saya yakin Hari Malaysia 'Janji Ditepati, Rakyat Sejahtera' juga tentunya mereka tidak setuju.

"Kenapa mereka tak bersetuju? Mereka sebenarnya tidak bersetuju kerana mereka adalah kumpulan yang tidak menepati janji dan pada saya, 16 September ini juga menunjukkan satu perkara yang sangat sesuai kita ingati, iaitu pembohongan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim," ujarnya yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Tambahnya, pada tarikh tersebut dianggap sebagai Hari Pembohongan Besar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kerana kononnya pada 16 September 2008, ada 30 orang Ahli Parlimen BN akan menyebelahi mereka dan seterusnya menobatkannya sebagai Perdana Menteri.

"Mengikut kata enam orang ahli Parlimen dari pakatan pembangkang yang keluar parti, mengatakan Anwar juga memberitahu mereka bahawa Anwar telah menemui yang Di-Pertuan Agong, berjumpa dengan Panglima Turus Angkatan Tentera, dan Anwar juga telah membuat beberapa siri sidang media sebelum 16 September itu.

"Jadi tarikh 16 September ini, kita harus mengingati dua perkara iaitu lahirnya Malaysia dan yang kedua, tentunya pembohongan Ketua Pembangkang," ujarnya lagi. -UMNO ONLINE

Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger