Yakin Pilihan Tepat Berdakwah Bersama Kaum Penyembah Bulan - @Abby_Abadi112


Terlalu banyak publisiti dan fitnah yang dilemparkan kepada pelakon popular Gerak Khas, Abby Abadi selepas menyertai Pas berbanding semasa bergiat aktif dalam industri hiburan.

Hal itu diakui sendiri oleh bekas ahli kumpulan Elite itu ketika menjadi ahli panel dalam program Forum Perdana di Kompleks Muhibbah, Taman Boltan di sini, malam semalam.

Katanya, ramai pihak mempertikaikan penghijrahan yang dibuat kepada imej bertudung disebabkan oleh Pas dan bukan kerana ALLAH.

“Hidayah yang diturunkan ke atas saya bukan hidayah sesat dan setuju menyertai Pas kerana ingin sama-sama membantu menyebar dakwah.

“Selepas menyertai Pas, kefahaman terhadap Islam lebih mendalam dan diakui bahawa sebelum penghijrahan banyak melakukan kesilapan serta tidak mengikut syariat Islam secara keseluruhan,” katanya di hadapan 200 orang tetamu yang hadir pada majlis agama itu.

Beliau berkata, Jika diberi pilihan masuk syurga atau masuk televisyen, saya pilih masuk syurga walaupun diakui masih cintakan bidang lakonan.

Katanya, perubahan imejnya juga banyak memberi cabaran terutama daripada rakan seperjuangan yang memandang sinis tidak kurang juga menganggap perubahannya sekarang tidak secara keseluruhan atau untuk mendapat publisiti murahan.

“Pelbagai fitnah dilemparkan termasuk saya telah berkahwin dengan seorang ahli politik parti Pas dan tidak faham kenapa penghijrahannya dilihat dari sudut negatif.

“Hakikatnya saya tidak suka dengan cara hidup sekarang iaitu berdakwah secara terbuka tetapi yakin pilihan yang dibuat adalah tepat sebagai platform menjelaskan bahawa Islam dan politik sememangnya tidak boleh dipisahkan,” katanya. -SH
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger