Saya Tak Mengaku Anak Adalah Tuduhan Melampau!! - Farit Ismeth


Semalam ZZ berkesempatan berbual dengan Farit Ismeth @ Pak Ngah di Angkasapuri. ZZ ada bertanyakan perasaannya selepas membuat pengakuan minggu lalu. Reaksi bercampur-campur daripada beliau walaupun mulanya beliau merasa lega kerana telah 'melepaskan' apa yangterbuku dihatinya selama bertahun-tahun. Namun, disebalik itu, terdapat juga nada kesal kerana masih terdapat sesetengah golongan yang enggan dan tidak mahu menerima KEBENARAN pengakuannya.

Malah ada pula golongan yang menghina, mencaci dan mencerca Pak Ngah melalui komen, penulisan blog, sms, panggilan telefon. Ada yang menuduh Pak Ngah dibayar untuk membuat pengakuan. Menuduh beliau dulu jual isteri, sekarang jual tuhan dan sebagainya. Walaupun tuduhan-tuduhan itu pedih namun Pak Ngah masih dapat menelannya. Tetapi apabila tuduhanmengatakan beliau tidak mengaku anak VVIP yang dikaitkan dengan beliau itu sebagai anaknya,itu sudah melampau..!!

Ikuti temubual eksklusif luahan hati Pak Ngah yang dirakamkan malam tadi juga selepas perbualan dengan ZZ demi untuk masyarakat menilai dan mengetahui.. Cukup-cukuplah mencaci, memfitnah apatah lagi bulan ramadhan yang mulia ini. Terimalah kenyataan..!!! Kalau dah terfitnah tu mintak maaf kat Pak Ngah dan VVIP tersebut.. Macam ada satu blog yang popular tu mintak maaf secara terbuka.. InsyaAllah berkat ramadhan al-mubarak semua pihak akan saling bermaafan..

Jom tonton video Pengakuan Pak Ngah..

   

Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger