Nurul Izzah - Hari Raya Pun Nak Berpolitik~!

KEBIASAANNYA Perdana Menteri sahaja yang akan beri perutusan sempena mana-mana perayaan. Itu sudah menjadi amalan biasa.

Ini mungkin kali pertama Ahli Parlimen pembangkang membuat perutusan raya.

Lawak sebenarnya video klip Nurul Izzah ni. Mula tu tengok Izzah senyum ingatkan iklan Colgate ke apa…

Lepas tu ingatkan dia nak bagi ucapan selamat menyambut hari raya dengan serba sedikit kata-kata perangsang untuk rakyat.

Rupanya tidak…nama aje ucapan Aidilfitri, tapi daripada 9 minit 26 saat klip tu…9 minit cakap politik. Dari 30 saat pertama dah mula bercakap politik.

PDRM, SPAD, PPRT, LRT dan semua macam T disebut…kecuali aidilfitri aje yang tidak banyak disebut.

Kesian kat suami dia…nampak rimas dan blur semacam. Sepatah pun dia tak dapat cakap.

Dah alang-alang cerita pasal rumah PPRT apa semua, Nurul Izzah sepatutnya mengambil kesempatan klip ucapan raya yang panjang itu untuk menjawab persoalan beberapa bloggers yang bapak dia duduk bunglow berharga RM7 juta di Segambut.

Bukan apa, benda itu yang akan dipersoalkan balik oleh para penulis blog pro kerajaan nanti.

Itulah peluang terbaik untuk nafikan atau iyekan tuduhan berkenaan.

Apa pun…udah la tu Izzah…nak cakap politik nanti ada masanya…sekarang kita nak raya. -mynewshub

Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger