Nasruddin @Tantawi100 Doakan Karpal Singh Diberi Hidayah Oleh ALLAH SWT!


Dewan Pemuda Pas Pusat mengakui DAP tidak menerima pelaksanaan hukum hudud selepas beberapa kali perbincangan dibuat dan atas pendirian itu Pas tidak akan memaksa parti berkenaan menerima undang-undang Islam tersebut.

Bagaimanapun Ketuanya, Nasrudin Hasan menegaskan bahawa DAP tidak boleh menghalang Pas mendaulatkan syariat Islam di negara ini kerana ia merupakan asas perjuangan parti itu sepanjang zaman.

"Saya akui hudud bukan agenda pakatan pembangkang tetapi ia adalah sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh Pas sepanjang zaman, insya-Allah.

"Selebihnya menjadi dakwah berterusan Pas untuk memahamkan masyarakat terhadap hukum syariat Islam. Saya doakan semoga (Pengerusi DAP) Karpal Singh diberikan hidayah oleh Allah SWT, sebagaimana doa saya buat yang lain juga," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sosial Facebook hari ini. -UM
Share this post :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
2 Ogos 2012 8:30 PTG

Suruh Tansawi doakan Hadi dulu.. Tukar semula ke negara Islam.

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger