Jangan Komen Pasal HUDUD - PAS Nafikan Kebebasan Bersuara!


PAS terbukti tidak mengamalkan kebebasan bersuara apabila mengeluarkan arahan agar pemimpin mereka menutup mulut dari memberikan sebarang komen bersabit isu hudud.

Timbalan Ketua Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata arahan itu ibarat 'menepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri' apabila Pakatan Rakyat sebelum ini seringkali menuduh Barisan Nasional (BN) mengekang kebebasan bersuara.

"Pakatan Rakyat selalu cakap BN tidak mengamalkan kebebasan bersuara dan kebebasan media. Sekarang terbukti mereka yang sebenarnya yang bersikap begitu," katanya kepada AntaraPos.

PAS Pusat setelah mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi memutuskan pemimpinnya tidak dibenarkan memberikan pandangan bersabit isu itu kecuali Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Arahan itu dibuat setelah Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa agar PAS tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan bersabit hudud.



Mengulas perkembangan itu, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri memberitahu, DAP jelas sekali bersifat dominan dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya kelak, PAS akan menjadi parti tercorot dalam gagasan itu.

"Jelas DAP dominan antara tiga buah parti dalam Pakatan Rakyat. Malah DAP telah merancang untuk meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum ke-13, termasuk di Kedah.

"Jika Pakatan Rakyat menang, PAS akan menjadi parti yang tercorot dalam gagasan itu kelak," kata anak kepada tokoh tersohor, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Mukhriz kemudiannya mengulas kenyataan Hadi sebelum ini bahawa BN yang majoriti Islam pun menolak hudud.

"Kenyataan itu tidak benar. BN tidak pernah menolak hudud," katanya.

Beliau juga membidas Hadi apabila pernah berkata isu hudud tidak akan diutamakan buat masa ini dan hanya akan diperjuangkan setelah Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan kelak.

"PAS tahu mereka tidak akan mendapat sokongan DAP dan pada ketika itulah parti itu akan menagih kerjasama daripada Umno," katanya lagi.

Pelaksanaan hudud merupakan isu berbangkit yang tidak pernah berjaya mendapat kata sepakat daripada PAS, DAP dan PKR.

Setelah bersidang berkali-kali ketiga-tiga parti itu memutuskan untuk 'bersetuju untuk tidak bersetuju' bersabit isu itu.

Namun persoalannya, sampai bilakah parti-parti itu akan bertahan untuk tidak bertelagah walhal PAS tetap bertegas untuk melaksanakan hukum itu di negara ini. -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger