TPM Syor PRU13 Diadakan Tahun Ini~!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat tarikh paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) adalah pada tahun ini juga.

Bagaimanapun menurut beliau, ia tetap bergantung kepada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tak tahulah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Mungkin beberapa bulan akan datang. Tapi saya beritahu yang terbaik adalah tahun ini. Sekarang sudah hendak masuk bulan puasa (Ramadan). Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya?

"Saya kata apa salahnya. Bulan raya (Aidilfitri), apa salahnya. Selepas itu sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos), apa salahnya. Masuk September (sambutan) Hari Malaysia. Bila dah sampai waktu, maka jadilah ia (pilihan raya)," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Batu 2012, di sini, hari ini.


Menurut Muhyiddin, beliau berpendapat perdana menteri tidak akan menangguhkan untuk membubarkan Dewan Rakyat sehingga tahun depan.

"Tentunya tidak akan berlarut saya fikir sehingga tahun depan. Saya tidak fikir melarut sehingga tahun 2013.

"Apa salahnya (untuk bubar tahun ini)?" katanya.

Muhyiddin juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan beberapa bahagian Umno yang dikenalpasti bermasalah pada Ramadan ini.

Katanya, tindakan itu, bagi memastikan masalah dalaman bahagian berkenaan dapat diselesaikan secara baik sekali gus memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita ada 220 kawasan Parlimen dan kita tahu kedudukan tiap-tiap satu. Sedikit sebanyak masalah dalam bahagian itu, biasalah," katanya.

Beliau berkata bagi setiap kawasan yang ditandingi, baik di peringkat Parlimen mahupun negeri, adalah penting untuk mengembalikan kuasa Barisan Nasional (BN) yang telah hilang pada pilihan raya umum lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata, tahun 2008 adalah 'isyarat besar' rakyat kepada Umno untuk bekerja dengan lebih kuat.

"Kita tahu, tahun 2008, bila keputusan pilihanraya diumumkan ini isyarat besar bagi kita. Ini satu amaran. Tuhan masih menyebelahi kita kerana kita masih berkuasa.

"Kalau kita tidak berubah, pemimpin di akar umbi tidak berubah ikut cara lama, malas turun ke bawah, sehingga rakyat rasa terabai, tidak payah tanya bila pilihanraya," katanya lagi. -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger