TALAMGATE: Kerajaan Negeri Selangor, Silakanlah Saman!


Kerajaan negeri Selangor dialu-alukan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pendedahan skandal penyelewengan hampir RM1 bilion dalam penyusunan hutang syarikat pembinaan TalamCorporation Bhd.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata parti itu tidak gentar dengan keputusan kerajaan negeri itu yang disifatkan sebagai ugutan.

"Dia dijemput dan dialu-alukan untuk membuat apa-apa sahaja. Dia ada hak untuk berbuat demikian. Jangan ugut kita tentang soal ini," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan terbaru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri akan mengambil tindakan mahkamah kepada mana-mana pihak yang membuat dakwaan mengenai penyelewengan Talam.

Bagaimanapun Mohd Zain berkata, pendedahan oleh Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong seperti yang dilaporkan mediapada Rabu bertujuan mendapatkan penjelasan kerajaan negeri terutamanya berkaitan isu penggunaan wang rakyat.

"Kita bangkitkan isu secara berhemah. Kita bertanggungjawab, jadi kami harapkan jawapan yang baik...kami tidak harapkan ugutan seperti ini," katanya.

Menerusi pendedahan Chua, penyelewengan didakwa berlaku dalam dua bentuk iaitu membabitkan pembelian ‘penuh tanda tanya’ ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ‘misteri’ ke mana peruntukan RM392juta yang diluluskan pada 2009 bagi menyelesaikan hutang syarikat itudibelanjakan.

Dalam pada itu, Mohd Zin berkata, BN Selangor akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bahagian Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penyelewengan tersebut dalam masa terdekat.

"Demi kepentingan rakyat Selangor juga, BN Selangor akan membuat aduan kepada Bursa Saham Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia agar dilakukan siasatan secara menyeluruh," katanya. -mstar
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger