#SkandalTalam: MCA Cabar DAP...


KUALA LUMPUR: MCA hari ini mencabar DAP membantu kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyediakan Kertas Putih berhubung pembelian hutang Talam Corporation yang sudah sebegitu lama tertangguh.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong, berkayta, jika DAP sebegitu mahir seperti yang didakwa, mereka sewajarnya membantu dan bukannya terus melontarkan cabaran debat.

"Jika DAP ada semua jawapan, jadi tolong bantu kerajaan Selangor selesaikan Kertas Putih," katanya pada sidang media di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Chua mengulas cabaran setiausaha publisiti DAP Tony Pua terhadapnya supaya berdebat dalam isu Talam.

"MCA menyoal soalan yang sah dan relevan. Jika mereka tidak gembira, jadi tolonglah kerajaan Pakatan menyelesaikan Kertas Putih supaya kita dapat tahu transaksi terperincinya.

"Ini tidak berkaitan dengan saya atau sesiapa pun untuk menang berdebat," katanya.


Menurutnya lagi, penilaian Talam juga tidak diluluskan oleh Bursa Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan hanya bergantung kepada penilai Talam sendiri termasuklah pembelian 'penuh tanda tanya' ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta.

"Pada 12 Julai 2012, Talam mengumumkan bahawa adalah tidak benar SC dan Bursa Malaysia telah meluluskan penilaian tanahnya seperti tertera di kenyataan akhbar yang dibuat pada 11 Julai 2012.

"Ini bermakna, pembelian aset Talam pada harga RM676 juta oleh kerajaan Selangor tidak diluluskan dan adalah tidak betul serta mengelirukan jika melibatkan kedua-dua badan penilai itu," jelasnya lagi.

Chua juga mendesak agar kerajaan Pakatan memberi kenyataan berhubung pembelian tanah di Bestari Jaya yang dibeli dengan harga RM42 juta lebih tinggi dari harga pasaran dan kemungkinan terlebih bayar sebanyak RM57 juta untuk pembelian tanah di Danau Putra berbanding harga lelong.

Beliau juga mencabar kerajaan negeri Selangor menyatakan jumlah sebenar hutang Talam.

Katanya, berdasarkan 'hansard' Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor pada tarikh 9 November 2010, kerajaan negeri mendakwa hutang Talam adalah RM30 juta.

Bagaimanapun, katanya, ia bercanggah dengan laporan media pada 12 Julai lalu apabila kerajaan negeri mendakwa hutang Talam adlah kira-kira RM80 juta.

"Malah, berdasarkan hansard Selangor bertarikh 9 November 2010 di muka surat 18 mengatakan kerajaan Pakatan Selangor berhutang RM30 juta dengan Talam dan akan diselesaikan kemudian.

"Apa yang membingungkan saya ialah selepas siri pendedahakn dan disoal MCA, pada 12 Julai lalu kerajaan Selangor tiba-tiba mengumumkan bahawa Talam masih berhutang RM80 juta kepada kerajaan negeri.

"Pada tahun 2010, kerajaan Selangor berhutang sebanyak RM30 juta kepada Talam. Tetapi pada tahun 2012, tiba-tiba mendedahkan bahawa hutang sebanyak RM80 juta masih belum dikutip daripada Talam. Apa yang sedang berlaku? Mengapa RM80 juta hanya didedahkan sekarang?," katanya.

Berdasarkan laporan Bernama, kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR, melalui Menteri Besar Incorporated (MBI), telah pulih RM302, 711.391 dalam hutang daripada Talam.

Khalid dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) dilaporkan turut memberitahu kerajaan negeri sedang menunggu pembayaran balik kira-kira RM80 juta daripada Talam. -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger