Sesiapa Yang Hadir Ceramah Dr Hasan Ali Tidak Mengamalkan Ajaran Islam Sebenar!


Cerai isteri bukan sebab politik... 
Baca berita sebelumnya DI SINI (KLIK!)

Bekas suami seorang guru agama, Yahaya Ibrahim, 78, menafikan menceraikan isterinya itu disebabkan perbezaan fahaman politik.

Lelaki itu sebaliknya mendakwa, dia menceraikan Che Hasnah Che Ahmad, 61, kerana bekas isterinya itu telah sesat akibat tidak mengamalkan ajaran Islam.

Dia bagaimanapun berhasrat untuk rujuk tetapi dengan syarat wanita itu mesti kembali kepada ajaran Islam.

"Cerai bukan sebab politik tapi dia sudah sesat. Ia bukan setakat solat lima waktu tetapi banyak aspek yang menyesatkan.

"Saya cerai sebab dia tidak ikut cara Islam seperti ajaran Nabi Muhammad SAW, seperti yang dikehendaki oleh Allah," katanya di sini hari ini.

Ketika diajukan soalan apakah yang dilakukan oleh bekas isterinya itu yang bercanggah dengan ajaran Islam, Yahaya bagaimanapun enggan mengulas.

Sementara itu, ketika ditanya adakah perbuatan isterinya mendengar ceramah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali sebagai satu perbuatan yang salah di sisi agama, Yahaya juga enggan menjawab.

Dia kemudiannya menjelaskan, seorang isteri perlu patuh kepada arahan dan mengetahui isi hati suami sendiri.

"Patutnya dia kenalah ikut cakap suami bukan ikut suka je. Orang lain pakai baju merah, dia pun nak pakai baju merah (baju merah merupakan tema digunakan UMNO Kelantan).

"Isteri kenalah faham isi hati saya, sebab itu pisah. Saya nak rujuk kalau dia mahu kat saya balik tapi bersyarat, kena ikut Islam sebenar," katanya ringkas sebelum menamatkan perbualan telefon.

Akhbar hari ini melaporkan pasangan tersebut yang berkahwin sejak 14 tahun lalu dan tidak dikurniakan anak bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah semalam.

Che Hasnah dilaporkan sebagai berkata, suaminya memfailkan penceraian selepas marah dengan tindakannya menghadiri ceramah Hasan di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.

Menurutnya, bekas suaminya pernah beberapa kali mengajaknya menyertai Pas, namun dia tetap dengan pendiriannya menyokong Barisan Nasional, malah pernah menjadi Ketua Wanita UMNO Cawangan di kampungnya sekitar tahun 1980-an. -UM
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger