Senangnya Politik Fuziah... Lepas Fitnah Siap-sedia Mohon Maaf!


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sedikit pun tidak gentar dengan amaran MCA negeri yang mahu mengambil tindakan tegas sekiranya beliau terus menyebar cerita berunsur fitnah.

Menurutnya, amaran yang disebarkan melalui laman sesawang dan blog milik MCA yang mendakwa beliau membuat fitnah berkaitan isu lawatan parti itu ke Australia ditaja oleh pihak Lynas.

Fuziah berkata, beliau juga sedia memohon maaf sekiranya MCA dapat membuktikan lawatan mereka ditaja oleh Kerajaan Negeri dan bukannya pihak kilang Lynas.

“Jika betul lawatan mereka (MCA) ditaja oleh Kerajaan Negeri, sila buktikan. Kalau benar saya sedia minta maaf dan tidak gentar dengan amaran mereka.

Menurutnya, beliau hanya bercakap mengenai kebenaran terutama kesan dan bahaya kepada penduduk setempat.

“Di dalam blog saya ada menulis tentang isu Lynas dan tidak timbul isu fitnah kerana mereka memang ada melawat kilang Lynas di Australia.

“Selepas melawat kilang Lynas di sana, mereka (MCA) pulang dengan mengatakan projek Lynas di sini juga selamat sedangkan kilang dilawati itu jauh berbeza dengan kilang di Gebeng.

“Tetapi pada hakikatnya mereka tetap mengatakan Lynas selamat sedangkan keadaan sebenar tidak seperti itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena majlis penyampaian zink di Tanjung Punai, di sini, semalam

Sementara itu, mengulas mengenai isu ketiadaan beliau ketika pembentangan laporan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) di parlimen baru-baru ini, Fuziah menafikan cuba melarikan diri sebaliknya berada di luar negara atas urusan rasmi.

“Saya ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan demokrasi antarabangsa dan ia dirancang lebih awal serta saya tidak tahu-menahu tentang pembentangan PSC.

“Walaupun berada di luar negara saya turut mengeluarkan pendapat mengenai Lynas dan tiada isu untuk melarikan diri atau mengelak,” katanya. -SH
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger